30 Mac 2009

SEMPURNALAH SUDAH MAJLIS PECAH TANAH



BERAKHIR SUDAH MAJLIS PECAH TANAH YANG DISEMPURNAKAN OLEH PERDANA MENTERI DIIRINGI OLEH MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN PADA UPACARA YANG BERLANGSUNG PADA PUKUL 11.30 PAGI TADI. KINI SEGALANYA TELAH TERJAWAB. MAJLIS YANG DIHADIRI OLEH PERDANAN MENTERI, MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN TIMBALANNYA, DATUK BANDAR KUALA LUMPUR, YB PARLIMEN TITIWANGSA, KETUA BAHAGIAN UMNO TITIWANGSA DAN YANG PALING PENTING ADALAH KEHADIRAN PEMAJU UTAMA PUNCAK BARU IAITU PENGERUSI NAZA TTDI SERTA TETAMU TERHORMAT YANG LAIN.

PUNCAK BARU YANG AKAN DIDIRIKAN SERBA MODEN DAN CANGGIH MEMPUNYAI DUA BLOK BERKEMBAR DAN PODIUM PERNIAGAAN YANG MEWAH. ADAKAH INI AKAN MENJADI PEMANGKIN KEPADA PELAKSANAAN DRAF PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR 2020 YANG MASIH DALAM PERINGKAT BACAAN BANTAHAN. BILAKAH PIHAK DBKL AKAN MENGUMUMKAN PROSES BANTAHAN RAKYAT BERKAITAN PELAN INI.

YANG MENJADI PERSOALANYA IALAH BAGAIMANA NASIB PENIAGA YANG RATA-RATA TIDAK BERKEMAMPUAN UNTUK MEMBELI HARTANAH YANG AKAN DIDIRIKAN DIATAS TAPAK PERNIAGAAN MEREKA SEKARANG. ADAKAH PENIAGA KECIL INI MAMPU UNTUK MENDAPATKAN HAK MEREKA APABILA PROJEK INI AKAN DILAKSANAKAN.

NAZA TTDI NAMA YANG TIBA-TIBA MUNCUL MENJADI PEMAJU UNTUK PASAR MINGGU. SIAPAKAH DISEBALIK TABIR UNTUK MENJAYAKAN PROJEK MEWAH INI DAN APAKAH YANG AKAN PENIAGA DAPAT DARI PEMAJU NAZA TTDI INI?????

SEBENARNYA MASIH BANYAK PERSOALAN YANG TIDAK TERJAWAB LAGI ANTARANYA TIADA PERJANJIAN ANTARA PIHAK DBKL DAN PEMAJU BERKAITAN PEMINDAHAN DAN PENEMPATAN SEMULA SEBAB TAJUK UTAMA PROGRAM "PEMBANGUNAN SEMULA TAPAK PASAR MINGGU" KEPADA PENIAGA. MASIH LAGI TIADA JAWAPAN BAHAWA PEMILIK SEBENAR TANAH ANTARA PKNS DAN DBKL.

5 ulasan:

noris helmi nordin berkata...

Biasalah sebelum pencen, semua projek nak kena sapu. Yang nak bodek saat-saat akhir tu kena dapat untung buat majlis itu sebelum berubah pucuk pimpinan. Saya harap projek ini akan mendapat status 'KAJI SEMULA'.
Amat memalukan projek Puncak Baru ini yang tidak melalui proses yang sah. Tanah belum tentu DBKL punya, kata PKNS? Kalau projek ini diteruskan, ia menjadi contoh kepada berapa banyak tanah-tanah yang telah menjadi mangsa dengan urusan sebegini.(pejabat tanah punya angkara?)
Jangan abaikan orang-orang kampung. Orang kampung bukan bodoh. Anak-anak kampung semakin bijak, celik dalam era globalisasi.
Janganlah jadi contoh pemimpin Melayu yang merampas hak orang Melayu sendiri. (Melayu bunuh Melayu). Siapa belakang NAZA TTDI? Bangsa asing dari seberang selat?

noris helmi nordin berkata...

Kata akan dimulakan tiga bulan lagi. Dah ada Kebenaran Merancang (D.O.)? Tak kan tiada bantahan dari penduduk?

Awanama berkata...

membatalkan bantahan terbuka kpd pak lah demi menjaga air muka beliau suatu niat yg baik.

namun, jgn sampaikan hak diri sendiri terabai.jika benar pemimpin mengabaikan tanggugjawab pada rakyatnya maka selayaknya mereka ditegur.

kita pun selalu mendengar ketrbukaan Sayyidina Umar AlKhattab yang ditegur seorg perempuan.

Dlm hal ni, pihak2 yg mewar2kan tentang Islam hadhari dlm konsep pentadbirannya harus bukan sekadar merasmikan program tp berusaha kearah pengislahan kampung baru mengikut acuan Islam.

nama Puncak Baru itu pun tak consult dgn penduduk, peniaga, dan waris...apa nak jadi ni...pemaju pun boleh diragui statusnya.

BELIA PASAR MINGGU berkata...

INILAHLAH DUNIA MALAYSIA RAKYAT MISKIN MENJADI MANGSA. SAYA PUN TAK FAHAM APA MUSLIHAT SEBENARNYA. BANYAK PERSOALAN TIMBUL DALAM MAJLIS INI SEPERTI, BANNER 2 HARI DIPASANG SEBELUM MAJLIS (MALAM HARI SABTU 28/3/2009)

PADA BANNER TIDAK PULA DITULIS MAJLIS PECAH TANAH (PELIK SIKIT)

DENGAN KAPASITI BANGUNAN YANG AKAN DIBINA ADAKAH SESUAI DENGA RUANG TANAH YANG ADA.

3 BULAN LAGI PROJEK NAK JALAN. PENDUDUK MASIH LAGI TIDAK TAHU NASIB MEREKA. TIADA HITAM PUTIH.

Awanama berkata...

hmm.. sayu juga dgr rintihan penduduk dan peniaga.harap dapat consult cepat dgn pemaju.

jumpa juga wakil rakyat sekali sbg support.pergunakan sebaiknya wakil rakyat yg ada.

pemaju pun kena bertindak adil pada semua. tanah itu bukan hak milik anda.

janganlah kerana harta kemewahan dunia yg sementara kita dilalaikan dr tuntutan agama untuk mengimarahkan bumi ini sbg khalifahNya.