16 Mac 2010

SALAM SEMUA

Sudah agak lama saya tak update blog ini........... dalam pemerhatian saya banyak perkara telah berlaku khususnya kepada pembangunan Pasar minggu dan secara amnya Kampung Baru..... Baru2 ini Perdana Menteri telah datang melawat Kampung Baru dengan konsep santai.....

Beliau turut melawat Pasar Minggu melihat keadaan sekeliling...... kini rakyat khususnya menunggu segala bentuk pembangunan yang akan dilaksakan nanti dengan persetujuan penduduk itu sendiri.....

4 ulasan:

amir berkata...

salam..pasar to minggu,
apa status pembangunan kg baru,..i was born in pj and was raise all around malaysia..at the end budak kg bagi saya status as kampungku boy,even though my childhood are not in kg baru, but my teenagers life until married my heart dan amal jariah to kmapung boys, if we lets them with the 60/40..confirm melayu kg baru will lose 20 keturunan..in other hand this the only urban village or biggest malay settlements in KL...jika hangus sekarang..hangus sampai sudah bro..jika disebabkan wang dan pembangunan kiter hilang dignity dan jatidiri tiada guna menjadi bangsa melayu. jika disebabkan pemandangan di klcc..towards slum..kiter percantikkan kawasan melayu..kiter..tapi kalu dah semua youngminds are looking to make money..anda berada di landasan kehancuran..as an outsider yg di jumaahkan oleh penduduk kg limau..for me jatidiri kampungku should stand as it is..coz i been in the developer and mingling around with all the malay cuthroat how never think of amal jariah serta jatidiri bangsanyer amin moga allah beri petunjuk pada penduduk kampungku..moga dapat hidayah demi kelangsunggan kgku serta keturunannya amin.

amir berkata...

Salam pasar minggu..some pounder.

Wednesday, June 02, 2010
Kekalkan Kg Baru Milik Eksklusif Melayu
A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAYA harap cakap-cakap hendak memperuntukkan atau membenarkan bukan Melayu memiliki 40 peratus hartanah dalam pelan pembangunan semula Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar.

Tetapi kalau betul, ia adalah satu perbuatan yang akan memburukkan lagi imej Umno dan menambah keresahan orang Melayu.

Keadilan hanya boleh dilakukan jika kerajaan serentak membangunkan semula kawasan Cina Jalan Petaling dan kawasan India Brickfields dan menawarkan 40 hingga 60 peratus pemilikan kepada Bumiputera.

Kalau betul Umno hendak bertolak-ansur lagi dengan memberikan 40 peratus Kampung Baru moden kepada Cina dan India, maka wajarlah MCA dan MIC menyokong memperuntukkan 40 hingga 60 peratus Petaling Street dan Brickfields kepada Bumiputera.

Sekiranya tidak, kekalkanlah Kampung Baru sebagai kawasan eksklusif Melayu seperti diasaskan oleh British pada tahun 1899 atas kehendak Sultan Selangor waktu itu, Sultan Alauddin Sulaiman Shah Raja Muda Musa.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail pada 17 Februari lalu, Almarhum bertindak ke atas rayuan ketua-ketua kampung Melayu sekitar Kuala Lumpur yang merungut tanah orang Melayu diambil alih oleh pelombong dan pedagang Cina dan Inggeris.

Hasilnya, British mewujudkan Kampung Baru sebagai Malay Agricultural Settlement atau Penempatan Pertanian Melayu apabila Sultan Alauddin Sulaiman Shah bersetuju memperuntukkan sekeping tanah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kampung Baru seperti yang ada pada hari ini meliputi kawasan seluas 223 ekar.

Kampung Baru seelok-eloknya dikekalkan sebagai kampung Melayu tradisional dan dinaikkan taraf sebagai kawasan pelancongan kelas dunia seperti yang dilakukan dengan perkampungan Portugis di Melaka.

Dengan cara ini, adalah lebih mudah membuat pembangunan fisikal dan menaikkan nilai ekonomi Kampung Baru tanpa menjejaskan pemilikan oleh orang Melayu.

Ingatlah, apabila bekas kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberikan garan tetap kepada kampung-kampung baru di negeri itu, ia tidak mensyaratkan ianya dibuka kepada orang Melayu.

Jadi tidak perlulah pembesar Umno hendak peningkan kepala menyerahkan atau membuka 40 peratus Kampung Baru kepada Cina, India dan bukan Bumiputera lain.

Mereka dah ada lebih daripada cukup di Petaling Street, Brickfields, Jalan Bukit Bintang, KLCC, Pavillion, Lot 10, Times Square, Starhill dan Mid Valley. Berapa kerat Melayu memiliki dan menduduki hartanah di kawasan-kawasan ini?

Hatta di KLCC milik Petronas itu pun peniaga Melayu terpelanting kerana sawa yang tinggi melangit. Yang tinggal boleh kira dengan jari. Itu pun siapa pula di belakang mereka?

Jadi cukuplah Umno cuba mengambil hati orang bukan Melayu. Yang lebih penting sekarang, Umno kena jaga hati orang Melayu dan pujuk orang Melayu yang merajuk pada pilihan raya umum lalu, takut-takut undi bukan Melayu yang dikejar tak dapat undi Melayu yang kendong berciciran.

Kalau saya silap saya mohon maaf dan saya bersedia dikutuk.
Posted by A KADIR JASIN

amir berkata...

This what we should do...

Salah satu model pembangunan Kg Baru yang boleh difikirkan ialah melalui penubuhan Yayasan Amanah (Trust Foundation).

Yayasan ini boleh dimodali oleh pemilik tanah Kg Baru dengan "memodalkan" tanah milik mereka dan disokong oleh pemodal korporat Melayu seperti PNB, LTAT dan Tabung Haji.

Dengan itu, masalah pemilikan hartanah Kg Baru jatuh ke tangan bukan Melayu dapat dielakkan.

Kegunaan ekonomi bagaimanapun boleh dibuka kepada semua kaum dan kepada orang asing asalkan pemilikan Melayu terjamin.

Saya tidak menyebut pembabitan GLC kerana GLC bukan agansi Melayu, tetapi milik semua rakyat Malaysia. Saya hanya menyebut agensi amanah Melayu/Bumiputera seperti PNB, LTAT dan Tabung Haji.

Seperkara lagi, PNB,LTAT dan Tahung Haji mempunyai jutaan pelabur dan pencarum Melayu/Islam yang boleh dibantu jika mereka mahu membeli hartanah yang dimajukan di Kg Baru.

amir berkata...

takbir...

"We are going to fight for our land. We will never accept the proposal to open 40 percent to non-Malays in Kampung Baru. Any native of Kampung Baru will not agree to the proposed lifting of restricted ownership.This land belongs to the Malays, hence the name Malay Agricultural Land. It was given by the then Sultan Selangor to the Malays." - Baki Husin, 72, a Kg Baru land owner


The above are excerpts from The Malay Mail's report No to non-Malays in Kg Baru. It's the Most Viewed article this week. To be fair to the government, it has said that the proposed 60:40 idea is just an idea and that it's out to gather feedback. Well, based on the feedback so far, the FT and Urban Well-being Minister Raja Nong Chik must realize now that it's not going to be a walk in the park at all. Previous administrations have tried. I think it would be wise to accept that he only way to develop Kg Baru is to ensure that Malay ownership remains intact. It ain't broke, why fix it?