21 Mac 2009

TARIKH KERAMAT 20 - 03 - 2009

20 MAC 2009 ADALAH TARIKH AWAL YANG TELAH DIRANCANG UNTUK MENGADAKAN MAJLIS PECAH TANAH PASAR MINGGU TETAPI TARIKH ITU DITANGGUHKAN KE SATU TARIKH YANG LAIN YANG TIDAK PASTI BILA. PENDUDUK TERTANYA-TANYA BILA AGAKNYA MAJLIS PECAH TANAH ITU AKAN DIADAKAN. AKHIRNYA PENDUDUK PASAR MINGGU TERPAKSA MENUNGGU DAN MENUNGGU. TETAPI MASIH TIADA LAGI PENJELASAN YANG TELAH DIADAKAN OLEH MANA-MANA PIHAK BERKAITAN MAJLIS TERSEBUT??????. APAKAH INI SATU MANIPULASI YANG AKAN DILAKUKAN OLEH PIHAK YANG TERTENTU???????

3 ulasan:

noris helmi nordin berkata...

Ada yang nak memprojekkan tarikh pengumuman pecah tanah itu. Yang pasti kontrak menurap jalan telah dikeluarkan perbelanjaan. Lepas pemilihan UMNO kedudukan Menteri Wilayah belum tentu lagi. Pak Lah dah tentu bukan Presiden lagi sekiranya dia mengotakan janjinya.
Yang pentingnya orang yang dapat projek membangunkan Pasar Minggu ni dah selesai belum isu hak milik tanah? Tanah PKNS atau DBKL atau MAS. Kalau PKNS seronoklah PKR!!!! Beliapasarminggu macammana? Dah buat semakan sebenarnya kat pejabat tanah dan lain-lain yang perlu?

BELIA PASAR MINGGU berkata...

sebelum ini persatuan telah membuat semakan di pejabat tanah wilayah persekutuan. tetapi tiada nama dbkl sebalinya hanya nama pemilik pkns yang tertera. dan ini sudah terbukti sah

noris helmi nordin berkata...

Satu maklumat untuk membetulkan yang salah telah diperolehi. Tahniah. Itu perkara amat asas. Kalau dibuat juga projek itu di bawah DBKL dan developer di lantik, itu dikira menceroboh!!!! Jangan jadikan kerajaan Selangor bertempur dengan Wilayah di Pasar Minggu. Tangani dengan bijaksana.