Memaparkan catatan dengan label usahawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label usahawan. Papar semua catatan

18 Jun 2008

USAHAWAN TANI

Demi menyahut seruan kerajaan di bidang pertanian dan penternakan seorang pemuda O.M Rizal Bin Omar, 29 tahun tidak melepaskan peluang untuk menceburi bidang ini. Belia Pasar Minggu ini telah mengusahakan bidang ini hampir setahun. Mengusahakan tanah di Telok Gong, Klang, Selangor. Beliau yang juga Timb. Setiausaha Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu tekad mengusahakan penternakan kambing dan juga penanaman tebu. Kini beliau giat memasarkan tebu yang telah matang dan kambing. Akan datang beliau akan mengembangkan bidang ini dengan menternak lembu. Kini dalam proses penyediaan kandang lembu. Disamping itu juga beliau menanam serai, pisang dan lain-lain lagi tanaman



saudara O.M rizal @ robert




antara kambing - kambing pemeliharaan beliau




ladang tebu yang terletak disekeliling kandang kambing ini

sesiapa yang ingin mendapatkan tebu, kambing dan lembu untuk aqiqah atau korban boleh hubungi rizal @ robert di 012-3937959 @ 0122644921

08 Mei 2008

BELIA PASAR MINGGU DENI YUSTIN



MEMOTONG pelan badan dan tampuk merupakan proses yang perlu dibuat
dengan teliti dalam pembuatan songkok.

Mahkota’ lelaki Melayu

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

SETIAP tahun apabila tiba sahaja bulan Ramadan, beliau akan sibuk menerima beratus-ratus tempahan yang datang bertimpa-timpa di kedai songkoknya di Pasar Minggu, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dikelilingi dengan kotak-kotak berisi songkok yang memenuhi bahagian hadapan dan belakang kedai, Deni Yustin, adalah antara pembuat songkok generasi muda yang begitu tekun melakukan kerjaya itu.

Walaupun masih muda dan baru dalam kerjaya ini, Deni mampu bermegah dengan kerja tangannya memandangkan beliau adalah antara beberapa orang sahaja pembuat songkok yang dikenali di Lembah Klang.

Setiap kali tibanya Ramadan, beliau mempunyai sebab untuk tersenyum kerana pada masa ini beliau mampu mendapat pulangan berganda.

Sejak kecil lagi Deni telah didedahkan dengan pembuatan songkok oleh bapa dan ibunya, bahkan itulah juga sumber rezeki bagi membesarkannya lima beradik.

Ibu bapanya yang telah berhijrah ke Malaysia dari Bukit Tinggi, Indonesia, sejak 30 tahun lalu telah memulakan perniagaan songkok dikenali sebagai Kedai Songkok Kampung Baru.

Bagaimanapun, apabila ibunya, Hilma Nawawi meninggal dunia pada tahun 1996 dan diikuti bapanya, Yustin Sutan Pangulu Johan (2006), tiada siapa di kalangan adik-beradik yang ingin meneruskan perniagaan tersebut.
Deni, lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak, akhirnya secara sukarela meneruskan industri keluarganya demi memastikan ia tidak berkubur begitu sahaja.

Anak muda yang berusia 32 tahun dan masih bujang ini, tidak menjangka akan menghabiskan waktu mudanya sebagai pembuat songkok dan bukannya menjawat jawatan tinggi di sektor swasta atau kerajaan setaraf dengan kelulusannya.

Namun, beliau reda dengan takdirnya dan berazam akan menaikkan martabat songkok keluaran kedainya ke serata Malaysia.

Menurutnya yang baru dua tahun mengambil alih perniagaan itu, minat terhadap pembuatan songkok berputik sejak waktu kecil lagi apabila melihat bapa, ibu dan ibu saudaranya menjadikan produk tersebut sebagai sumber rezeki.

Tetapi kerana kewajipannya untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat tinggi terpaksa dia beralah sebentar.

“Setelah tamat pengajian dan tiada pekerjaan, kemudian ayah pula meninggal, maka saya terus mengambil alih perniagaan ini. Ini bukan satu pekerjaan hina, bahkan cukup mulia dan saya bangga kerana songkok merupakan salah satu kelengkapan pakaian yang diletakkan di atas kepala, maruah yang tertinggi sekali.

“Bahkan saya juga gembira songkok adalah kelengkapan kita menunaikan solat lima waktu, dipakai semasa hari perayaan dan keramaian,” katanya ketika ditemui di kedainya di Pasar Minggu Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ditanya siapakah orang kenamaan yang pernah membeli songkok buatan kedainya, kata Deni: “Antaranya ialah bekas Yang Dipertuan Agong yang juga Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Pengerusi Ambank, Tan Sri Azman Hashim dan beberapa agensi kerajaan seperti dari Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dan ramai lagi.”

Ujarnya, kakak dan abangnya turut memasarkan songkok keluaran kedainya di Pasar Larkin, Johor Bahru.

“Selain itu, kedainya juga melantik beberapa pengedar di Temerloh, Shah Alam, Sungai Buloh, Kuala Lumpur dan lain-lain,” katanya.

Jika dahulu, Deni bersama ayahnya mengusahakan songkok ini, tapi sekarang dia berseorangan. Beliaulah yang menguruskan segala-galanya tanpa pekerja yang membantunya.

“Susah nak dapat pembantu, orang muda tidak mahu bekerja macam ini dan rata-rata tidak ada pengalaman pula. Tak apalah, saya akan usahanya seorang diri sekalipun terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu masa,” ujarnya.

Deni juga dalam masa yang sama menyatakan kebimbangan, seni membuat songkok di negara ini akan pupus memandangkan tiadanya program atau usaha daripada kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang itu.

“Malahan saya sendiri bimbang kerana tiada siapa akan mewarisi kemahiran saya. Jika ditakdirkan saya berkahwin dan mempunyai anak suatu hari nanti, saya akan cuba turunkan ilmu padanya tapi belum tentu juga dia berminat,’’ jelasnya.

Beliau berkata, jika kerajaan boleh mewujudkan program untuk memulihara bangunan-bangunan bersejarah dan kebudayaan tradisi, usaha yang sama perlu dilakukan kepada kerjaya membuat songkok.

“Songkok adalah sebahagian daripada pakaian tradisi Melayu. Kita perlu ada usaha untuk menggalakkan golongan belia supaya menjadi pembuat songkok atau kemungkinan mewujudkan industri membuat songkok di sini,'' katanya
Kata Deni, permintaan terhadap songkok ini akan bertambah apabila bulan puasa.

“Oleh itu saya terpaksa menambahkan pengeluaran apabila tiba waktu itu. Selalunya, satu hari saya boleh menyiapkan hampir 100 biji songkok dengan menyambungkan kepala ke badan, tetapi jika perlu pasang baldu lengkap, hanya 40 biji kerana ia memakan waktu yang lama dan rumit,'' katanya.
Tambahnya, songkok masih merupakan ‘mahkota’ bagi lelaki Melayu terutama yang masih setia mengangkat warisan budaya bangsa.

Sebuah songkok yang dipakai, jika dipadankan dengan sepasang baju Melayu, akan membuatkan seseorang itu kelihatan tampan dan bergaya.

Malah songkok turut melambangkan imej bersopan-santun yang masih menjadi tunjang budaya bangsa kita yang cukup terkenal di serata dunia.

Justeru itu, katanya, menjelang hari-hari perayaan, kenduri dan perkahwinan, songkok terus menjadi tradisi bagi generasi masa kini.

Kata anak muda ini, songkok terdiri daripada songkok rendah dan tinggi manakala jenis kain pula baldu gred 1 (3 Crown) dari Jerman dan Korea untuk songkok SOB (songkok orang besar-tinggi), baldu gred 2 (Hymilon) dari Jepun dan baldu biasa (kabul) dari Korea dan China.

“Baldu mahal selalunya sensitif, jika kena air ia perlu dikeringkan dahulu, berbeza dengan biasa yang lebih tahan.

“Songkok ini juga mempunyai aksesorinya, ada yang berenda songket dan satin bagi menyerikan lagi si pemakai.

“Begitu juga dengan tingginya, yang biasa ialah 11 sentimeter (cm) tetapi kebanyakan songkok SOB tingginya ialah 12.7 cm,” katanya.

Harganya pula dari RM9 untuk kanak-kanak, dewasa (RM16), tinggi (RM25) dan SOB (RM45). Songkok berenda songket dan satin berharga RM28.

“Kebanyakan bahan untuk membuat songkok ini dibawa dari Bukit Tinggi kerana harganya lebih murah berbanding di sini,” katanya.

Proses membuat songkok

* Buat pelan badan daripada kertas suratkhabar, kain perca dan kain satin.
* Buat pelan tampuk.
* Potong pelan badan dan tampuk ikut ukuran.
* Potong kain baldu untuk badan dan tampuk ikut saiz.
* Ukur saiz pelan untuk badan pada kertas kadbod.
* Pasang badan pada kain baldu hitam dan lace plastik.
* Tampal sambung ke badan untuk dijadikan songkok.
* Pasang kain baldu dengan badan sekali.
* Pasang kepala.






KEDAI BELIA YANG TERLETAK DI MEDAN SELERA BATU BATA

MEDAN SELERA BATU BATA YANG DIBINA OLEH DBKL UNTUK PENIAGA-PENIAGA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN LEBIH SELESA DAN AMAN. TEMPAT YANG CANTIK DAN BAIK. TAPI MALANG PENIAGAAN DI SINI TIDAK BEGITU MEMBERANGSANGKAN.

SEBENARNYA MEDAN SELERA BATU BATA ADALAH RENTETAN DARI PROJEK PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU. DIMANA IA ADALAH KAWASAN PEMINDAHAN PENIAGA-PENIAGA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DI SEPANJANG JALAN RAJA MUDA MUSA DAN JALAN RAJA ALANG. TAPI TEMPAT PERNIAGAAN ITU 'MATI' ADA PENIAGA YANG CUMA DAPAT BERTAHAN BEBERAPA BULAN SAHAJA BERNIAGA DISITU KERANA ORANG RAMAI KURANG MENGUNJUNGI MEDAN SELERA ITU.

KEDAI BELIA YANG YANG DIAMBIL SEMPENA NAMA CT GARDEN KEPUNYAAN PAK ATAN CUMA DAPAT BERTAHAN BEBERAPA BULAN SAHAJA. KINI HANYA BEBERAPA PENIAGA SAHAJA YANG BERNIAGA DISITU. KEBANYAKKAN SUDAH MENUTUP KEDAI DAN TIDAK MAHU BERNIAGA DI SITU LAGI. INI BAGAIKAN SATU KESILAPAN APABILA PENIAGA YANG SELAMA INI DAPAT MENJALANKAN PERNIAGAAN DIKAMPUNG BARU BOLEH MENDAPATKAN KEUNTUNG.

BANYAK ADUAN TELAH DIBUAT KEPADA PIHAK DBKL DAN SEMEMANGNYA DBKL MENGETAHUI HAL INI. TAPI MENGAPA MASIH TIDAK ADA TINDAKAN YANG DIBUAT UNTUK MENYELAMATKAN PENIAGA DARI TERUS MENGALAMI KERUGIAN. DAN PERKARA INI JUGA MUNGKIN AKAN BERLAKU KEPADA PENIAGA-PENIAGA DI PASAR MINGGU. APABILA MEREKA DIPINDAHKAN MEREKA TIDAK DAPAT MENJALANKAN PERNIAGAA SEPERTI SEKARANG. DISINI AKAN BERLAKUNYA BERBAGAI KONFLIK KEHIDUPAN YANG MANA SEMUA ORANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG HARUS DIHADAPI.