01 Oktober 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI

21 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA


ASSALAMUALAIKUM




SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA SETIA BLOG INI

28 Julai 2009








Satu kejadian yang tidak tak disangka-sangka telah berlaku dimana seorang pemuda telah didapati merompak, menyamun, meragut, mencuri dan macam-macam lagi.

apa kata korang layan gambar ni.................................... akhir dia dibawa POLIS

29 Mei 2009

PERBINCANGAN DENGAN DBKL


YDP. PPKPM MENYUARAKAN PENDAPAT BERKAITAN PELAN DBKL


















56 LOT KEDAI. HANYA DAPAT MENEMPATKAN CUMA 15 LOT PAKIR KERETA SAHAJA. 1 LOT KEDAI HANYA MEMPUNYAI 2 MEJA SAHAJA.
PIKIRKANLAH BAGAIMANA PENIAGA INGIN BERNIAGA???????????






























HARI INI 29-05-2009 JUMAAT 3.00 PETANG SATU PERJUMPAAN TELAH DIADAKAN OLEH PIHAK DBKL DENGAN PENIAGA PASAR MINGGU. DBKL HANYA MEMANGIL SEGELINTIR SAHAJA YANG BERNIAGA DIPANGGIL MELALUI SURAT YANG TELAH DIHANTAR OLEH PEGAWAI DBKL. HANYA SEPARUH PENIAGA YANG DIPANGGIL IAITU YANG MENJALANKAN PERNIAGAN MAKANAN DAN MINUMAN. TETAPI YANG MENDAPAT SURAT JEMPUTAN TERDIRI DARIPADA PENIAGA YANG MENJALANKAN PELBAGAI JENIS PENIAGAAN.
DALAM PERBINCANGAN YANG DIHADIRI OLEH PENGARAH DBKL DATUK SALEH YUSUFF TELAH BERBUNCANG DENGAN HANYA SEGELINTIR SAHAJA PENDUDUK.
PERSOALAN:-
KENAPA HANYA HAMPIR 56 ORANG SAHAJA YANG DIBINCANGKAN SEDANGKAN PENIAGA DI PASAR MINGGU LEBIH DARI ITU?
KENAPA SURAT TIDAK DIPANGGIL KEPADA SELURUH PENIAGA DI PASAR MINGGU?
APAKAH RASIONALNYA KEDAI BERKUNCI BERUKURAN 8 KAKI X 8 KAKI. SEDANGKAN KEDAI YANG ADA SEKARANG LEBIH BESAR DARI ITU?
BAGAIMANA HENDAK BERNIAGA JIKA SATU LOT TANAH YANG TIDAK SAMPAI 1 EKAR AKAN MENEMPATKAN HAMPIR 60 PENIAGA.??
PELAN YANG DIBENTANGKAN OLEH DBKL AMAT TIDAK SESUAI UNTUK PENIAGA MENJALANKAN PERNIAGAAN. DIATAS KERTAS NAMPAK PELAN ITU SEPERTI PRAKTIKAL. TETAPI BILA DILAKSANAKAN APAKAH AKAN JADI KEPADA NASIB PARA PENIAGA??
MASIH BANYAK LAGI PERSOALAN YANG MASIH BELUM TERUNGKAI APABILA PIHAK DBKL MAHU LAKSANAKAN PUNCAK BARU DAN MASIH TIADA LAGI JAMINAN YANG KUKUH.
KAMI MASIH MENANTIKAN SATU MESYUARAT YANG AKAN MEMANGIL SELURUH PENDUDUK PASAR MINGGU HADIR DAN MEMBERIKAN PENDAPAT MEREKA APABILA MEREKA DIPINDAHKAN NANTI.

23 Mei 2009

BANCIAN

SEMINGGU YANG LALU BEBERAPA PEGAWAI DBKL TELAH BERULANG KALI DATANG KE PASAR MINGGU UNTUK MEMBUAT BANCIAN PENIAGA. KINI KELIHATAN MEREKA BERSUNGGUH-SUNGGUH MENGADAKAN BANCIAN BAGI MELAKSANA PROJEK PUNCAK BARU YANG AKAN DILAKSANAKAN KELAK. TETAPI PENIAGA MASIH LAGI DIAWANG-AWANGAN KERANA TIADA SEBARANG KATA PUTUS ATAU HITAM PUTIH BERKAITAN PEMINDAHAN INI. DBKL TELAH PUN SELESAI MEMBUAT BANCIAN TERHADAP PENIAGA DI PASAR MINGGU. TEMPOH TIGA BULAN DARI TARIKH PECAH TANAH SEMAKIN HAMPIR. MASIH LAGI TIADA APA-APA TINDAKAN DARI PEMAJU. PEMAJU JUGA TIADA KATA PUTUS DENGAN PENIAGA PASAR MINGGU BERKAITAN PEMBANGUNAN SEMULA PASAR MINGGU.
BERKAITAN ISU TANAH JUGA SEDANG DALAM PROSES PERUNDANGAN DI MAHKAMAH. DBKL TELAH MENDAKWA TANAH DI PASAR MINGGU MILIK MERAKA, TETAPI DALAM GERAN MASIH TERTERA HAKMILIK PKNS. DALAM HAL INI JUGA KERAJAAN NEGERI SELANGOR JUGA TIADA PERNAH BERBINCANG BERKAITAN STATUS TANAH INI DENGAN PENIAGA DI PASAR MINGGU. MASIH LAGI SAMAR APAKAH TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERKAITAN TANAH YANG DIMILIKI OLEH ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR INI IAITU PKNS.

12 Mei 2009

DBKL DATANG LAGI

PAGI INI ADA BEBERAPA PEGAWAI DBKL TELAH DATANG KE PASAR MINGGU. TUJUAN MEREKA TIDAK DAPAT DIPASTIKAN LAGI. ADA YANG MENGATAKAN MEREKA DATANG UNTUK MEMBUAT BANCIAN PENIAGA DI PASAR MINGGU. TAPI MASIH BELUM PASTI LAGI KESAHIHAN MAKLUMAT INI.

10 April 2009

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

APAKAH TAMPARAN HEBAT BUAT ZULHASNAN TIDAK TERPILIH MENJADI ANGGOTA KABINET MALAYSIA. ADAKAH TANAH YANG MENJADI "KERAMAT" DAN "BERDAULAT" TELAH MENJADI SUMPAHAN BUAT ZULHASNAN. TIDAK SAMPAI DUA MINGGU MELAKSANAKAN PECAH TANAH OPPS......... SILAP ...... PEMBANGUNAN SEMULA TAPAK PASAR MINGGU TELAH TERKENA BADI OLEH TANAH BERDAULAT INI.
RUNGUTAN DAN PENDAPAT PENDUDUK DAN PENIAGA HARUS DIAMBIL BERAT DAN BERTANGGUNGJAWAB DEMI MELAKSANAKAN PEMBANGUNAN.
YANG MENJADI PERSOALAN IALAH SIAPAKAH 56 ORANG YANG DISEBUT DARI MULUT OLEH ZULHASNAN YANG AKAN MENEMPATKAN SEMULA PENIAGA DI PUNCAK BARU. DARIMANA ZULHASNAN MENDAPAT ANGKA TERSEBUT ATAU ADAKAH BELIAU TIDAK MENGETAHUI SITUASI SEBENAR PENDUDUK PASAR MINGGU????????
KAMPUNG BARU ADALAH PERSINGGAHAN PERTAMA DAN TERAKHIR DALAM MAJLIS RASMI. SEPANJANG MEMEGANG JAWATAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN INILAH KALI PERTAMA DAN TERAKHIR BELIAU MEMIJAKKAN KAKINYA KE PASAR MINGGU DAN TERUS MELAKSANAKAN PEMBANGUNAN SEMULA PASAR MINGGU OPPS.... TAPAK PASAR MINGGU. ADAKAH PASAR MINGGU INI SUDAH TIDAK BERPENGHUNI LAGI SEHINGGA DILABELKAN SEBAGAI "TAPAK PASAR MINGGU". SUDAH TIADA KEGIATAN EKONOMI LAGIKAH DISITU SEHINGGA IA DILABELKAN SEDEMIKIAN. ADAKAH PASAR MINGGU SUDAH MENJADI SEBUAH KAWASAN YANG BOLEH DI IBARATKAN SEBAGAI "KOTA TINGGAL" SEHINGGA DILABELKAN SEBAGAI "TAPAK".
RENUNGKAN LAH BERSAMA NASIB PARA PENIAGA KECIL YANG TIDAK AKAN BERKEMAMPUAN UNTUK MEMILIKI HARTANAH MEWAH APABILA PEMBANGUNAN INI DILAKSANAKAN KELAK. APAKAH NASIB MELAYU NANTI. ADAKAH AKAN DIANAK TIRIKAN DI BUMI SENDIRI OLEH PARA PEMIMPIN YANG RAKUS MENGAUT KEUNTUNGAN.
RENUNGKANLAH NASIB ANAK MELAYU..................

09 April 2009

DENGARKAN APA KATA PENIAGA (LAPORAN KOSMO)

MERCU BARU IBU KOTA

Oleh RADZUAN HASSAN dan SUHANA VERU

Sejauh manakah Puncak Baru yang bakal dibina di Kampung Baru Kuala Lumpur dapat menjana ekonomi penduduk setempat dan ibu kota amnya?

GAMBARAN artis menunjukkan bangunan Puncak Baru yang bakal dibina.

BARU-BARU ini, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi merasmikan pembangunan Puncak Baru yang dilihat bakal menjadi monumen terbaru di Kampung Baru khususnya dan ibu kota amnya.
Puncak Baru merupakan bangunan yang dirancang pembinaannya di tapak Pasar Minggu di Kampung Baru. Ia menjadi pemangkin pembangunan semula satu-satunya kampung tradisional di tengah ibu kota.
Abdullah percaya Kampung Baru bakal menjadi kawasan Segi Tiga Emas terbaru di Kuala Lumpur sekiranya ia dibangunkan dengan prasarana fizikal dan spiritual yang mencukupi.
Maknanya, Puncak Baru perlu dibangunkan bukan sahaja dari sudut tempat penginapan sahaja tetapi juga daripada sudut ekonomi yang mampu menjana ekonomi terutama kepada penduduk tempatan.
"Yang penting, saya mahu melihat apabila dibangunkan kelak, penghuni Kampung Baru yang mempunyai hemah yang tinggi dan memastikan tidak ada penjenayah, penagihan dadah dan kejadian lain yang boleh memburukkan kawasan dan masyarakat setempat," katanya.
Itulah impian Abdullah dan ramai penduduk serta peniaga asal di Kampung Baru menyetujuinya.
Cuma rata-rata mereka bimbang, hak dan keistimewaan mereka dirampas sekiranya ia tidak dilakukan secara telus dan adil.
Lebih merisaukan para peniaga di Jalan Raja Muda Musa di Kampung Baru tidak menerima maklumat mengenai pembangunan, tiba-tiba mengetahuinya selepas ia dilancarkan baru-baru ini.




Mereka mendakwa tiada surat dan makluman dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenainya.
Ketua UMNO cawangan Pasar Minggu, Hashimah Ibrahim, 45, ketika mengulas mengenainya berkata, sebagai wakil peniaga, beliau tidak menghalang projek berkenaan, cuma kesal tidak menerima surat hitam putih mengenainya dari DBKL.
"Kalau boleh kami mahu DBKL dan pemaju mengadakan perbincangan agar kami mendapat gambaran jelas mengenai lokasi pemindahan.
"Kami harap perkara ini dapat diselesaikan segera demi kebaikan semua pihak,"
katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Menurut Hashimah, usaha membangunkan kampung tradisional itu wajar tetapi biarlah ia dibuat menerusi perundingan semua pihak bagi mendapatkan persetujuan majoriti.
Bagi Mariana Sutan Muda, 80, pula, beliau akur dengan cadangan membangunkan Kampung Baru kerana ia sekali gus mengubah dan menjulang imej penempatan Melayu itu seperti lokasi lain di ibu negara.
"Malah, ini satu-satunya lokasi orang Melayu dapat memasarkan hasil mereka di bandar ini sejak dahulu lagi di mana kehadiran mereka telah dikenal pasti pengunjung setempat.
"Untuk itu, biarlah kepentingan peniaga kecil terjamin selepas pembangunan itu siap dibina kelak,"
jelasnya yang sudah tinggal di situ sejak tahun 1967.
Menurut Mariana, penduduk dan peniaga asal tidak membangkang dan tidak mahu melihat kawasan itu dibangunkan dengan bangunan pencakar langit semata-mata tetapi dalam masa yang sama, hak mereka perlu dipertahankan.
"Kami tidak halang tetapi jangan rampas hak penduduk yang telah lama tinggal di sini. Ini kerana setiap kali pemaju ingin melaksanakan pembangunan, penduduk seperti kami akan ditabur dengan pelbagai janji manis dan akhirnya, ia tinggal sekadar janji," katanya.
Kebimbangan mereka ada asasnya memandangkan sebelum ini, penduduk Kampung Baru sejak dahulu lagi sering 'digula-gulakan' dan sering kali menjadi mangsa setiap kali ada projek baru hendak dibina.
Malah ada dalam kalangan mereka hampir 'kehilangan' geran tanah kerana terpedaya. Nilai tanah di Kampung Baru tinggi harganya dan sudah lama 'diintai' pemaju sejak berdekad yang lalu.
Semasa pelancaran projek Puncak Baru diadakan, Kosmo! difahamkan, tidak ada wakil penduduk dijemput dan didakwa dilakukan secara tergesa-gesa.
Oleh sebab itu, wakil peniaga di kawasan berkenaan, Herman Shah, 54, bimbang kehilangan mata pencarian jika berpindah ke kawasan lain seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.
"Kami hanya berniaga secara kecil-kecilan. Jika diberi ruang berniaga di situ (Puncak Baru) sudah pasti kami tidak mampu menjalankan perniagaan.
"Kami harap DBKL dapat menyediakan lokasi strategik berhampiran Kampung Baru agar peniaga kecil seperti kami dapat terus bernafas,"
ujarnya.
Puncak Baru adalah satu projek berskala besar yang menelan belanja sebanyak RM500 juta. Ia bakal dibangunkan dengan sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat yang menempatkan 392 unit kediaman, 40 tingkat unit pejabat serta tiga tingkat ruang membeli-belah.
Sementara itu, wakil Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM), Mohamad Nadzri Abdul Hamid pula dilaporkan mempertikaikan pembangunan Puncak Baru dan mendakwa perbincangannya 'tidak telus' sewaktu pertemuan PPKPM dengan DBKL diadakan baru-baru ini.
Dakwanya, peniaga dan penduduk Pasar Minggu, Kampung Baru memang diberi peluang meluahkan rungutan mereka pada sesi pendengaran awam berhubung pembangunan semula kawasan mereka dengan kompleks Puncak Baru tetapi ia dibuat secara pertemuan seorang demi seorang.
"Perbincangan nampaknya tidak telus. Dulu, (mereka kata) bangunan dua blok 53 tingkat, kemudian kita dengar 60 tingkat pula. Kemudian, daripada 180 lot premis perniagaan (yang dijanjikan untuk PPKPM, kini sudah tinggal 56 lot sahaja. Kita pun nak tahu 56 lot itu milik siapa?
"Sehingga sekarang, tidak ada surat tawaran (menjelaskan) tentang 56 lot tersebut (milik siapa),"
kata beliau.
Sejak pertengahan tahun lalu, kumpulan peniaga tersebut membantah usaha membangunkan semula Lot 25 Kampung Baru yang dianggap kawasan perniagaan terawal orang Melayu yang pernah dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1967.
Tapak perniagaan itu meliputi kawasan Pasar Minggu, gerai Mara, pusat kebudayaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan deretan gerai makanan di Jalan Raja Muda Musa.


PENDUDUK melihat replika model Puncak Baru semasa majlis pecah tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PPKPM tidak berpuas hati kerana usaha mereka berunding dengan DBKL gagal walaupun Puncak Baru membawa kesan besar kepada kumpulan peniaga yang terlibat.
Apa sekali pun dilema pembangunan Kampung Baru perlu dirungkai segera. Ini kerana sekiranya dibiarkan tanpa pembangunan, Kampung Baru akan kekal seperti sekarang iaitu terus dihimpit pembangunan yang tidak bertepi.
Jika dibangunkan, Kampung Baru akan menjadi mercu tanda baru di ibu kota tetapi soal hak dan penduduknya pula dibimbangi akan dirampas.
Kemelut itu sejak dahulu menjadi isu dan semakin bertambah meleret dengan kemasukan parti politik yang menjuarai isu yang sama.
Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL perlu tegas kali ini termasuk memikirkan cara terbaik iaitu Kampung Baru dibangunkan dan hak penduduk tidak dinafikan.
Penduduk sebenarnya bukan menolak pembangunan kerana sejak dibuka pada tahun 1900 oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Selangor semasa rancangan pembangunan semula Kuala Lumpur, Kampung Baru sudah diasak dengan pembangunan.
Dari sebuah kampung lombong bijih timah kepada sebuah hot spot di Kuala Lumpur, Kampung Baru kini dikenali sebagai tarikan pelancong terutama syurga gerai makan.
Meminjam kata Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak: "Kita perlu bersedia berubah atau rebah."
Justeru, ramai berharap kemelut Kampung Baru dapat diselesaikan dengan segera.

03 April 2009

LAPORAN MALAYSIAKINI

PUNCAK BARU : PENIAGA LUAHKAN RUNGUTAN

Peniaga dan penduduk Pasar Minggu, Kampung Baru semalam berpeluang meluahkan rungutan mereka di sesi pendengaran awam berhubung pembangunan semula kawasan mereka dengan kompleks Puncak Baru. Hampir 30 orang termasuk pemilik tanah dan anggota Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) hadir untuk sesi anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diadakan antara 10 pagi hingga 4 petang. "Mereka yang telah mendaftarkan nama sahaja yang diundang menyampaikan pandangan mereka di hadapan para panel yang dilantik oleh DBKL," kata timbalan yang dipertua PPKPM Mohamad Nadzri Abdul Hamid. Beliau sendiri bagaimanapun tidak dapat hadir pada sesinya antara jam 12 hingga 1 tengah hari kerana ada urusan lain. Sesi itu membenarkan seorang demi seorang pengadu menyuarakan bantahan atau cadangan kepada lima ahli panel bebas, katanya."Saya tak tahu itu pertemuan seorang demi seorang. Rupa-rupanya pertemuan itu seorang demi seorang dengan ahli panel untuk membincangkan hal masing-masing. Mereka guna kad giliran. Saya terpaksa tunggu lama. "Jadi, saya minta sesi pertemuan saya dengan panel itu ditunda ke suatu tarikh lain yang belum diputuskan lagi. "Pertemuan itu, melibatkan mereka yang ada kepentingan dengan lot-lot seperti tuan tanah, pemilik tanah dan peniaga," kata Mohamad Nadzri. Isnin lalu, bekas perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan majlis pecah tanah projek RM500 juta itu di tapak Pasar Minggu sebagai "segitiga emas" terbaru di Kuala Lumpur. Sejak pertengahan tahun lepas, kumpulan peniaga ini membantah usaha membangunkan semula Lot 25 Kampung Baru yang dianggap kawasan perniagaan terawal orang Melayu yang pernah dirasmikan oleh perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman pada 1967. Mohamad Nadzri mempertikaikan pembangunan Puncak Baru dan mendakwa perbincangannya "tidak telus" sewaktu pertemuan PPKPM dengan DBKL sebelum ini."Perbincangan pun tidak telus. Dulu, (mereka kata) daripada bangunan 2 blok 53 tingkat, kemudian kita dengar 60 tingkat pula. "Kemudian, daripada 180 lot premis perniagaan (yang dijanjikan untuk PPKPM) sudah tinggal 56 buah lot. Kita pun nak tahu 56 lot itu milik siapa? "Sehingga sekarang tak ada surat tawaran (menjelaskan) tentang 56 lot tersebut (milik siapa)," kata beliau.

malaysiakini(klik sini)

LAPORAN MALAYSIAKINI

PUNCAK BARU : PENIAGA TEMUI DBKL

Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) dijadual bertemu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) esok secara tertutup untuk membincangkan pembangunan kompleks Puncak Baru di tapak niaga mereka itu.
Yang Dipertua PPKPM Dr Hosni Hussen Md Saat mengesahkan pertemuan tersebut. "Ya, wakil (kami) akan hadir (dalam perjumpaan tersebut)," katanya kepada Malaysiakini. Beliau bagaimanapun dijangka tidak dapat hadir berikutan urusannya di luar negara dalam tempoh terdekat. Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan majlis pecah tanah projek RM500 juta itu di tapak Pasar Minggu, Kampung Baru sebagai "segitiga emas" terbaru di Kuala Lumpur.Menyentuh perkembangan terbaru itu, Dr Hosni berkata, PPKPM telah menghubungi beberapa individu dalam usaha membincangkan hal tersebut. "Kami sudah menghubungi ahli parlimen (Titiwangsa), (pemaju) Hijjas Kasturi dan lain-lain yang terlibat dalam urusan pembangunan Puncak Baru sebelum ini untuk berbincang hal berkenaan," katanya.Sejak pertengahan tahun lepas, kumpulan peniaga ini membantah usaha membangunkan semula Lot 25 Kampung Baru yang dianggap kawasan perniagaan terawal orang Melayu yang pernah dirasmikan oleh perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman pada 1967.Tapak perniagaan itu meliputi kawasan Pasar Minggu, gerai Mara, pusat kebudayaan PKNS dan deretan gerai makanan di Jalan Raja Muda Musa.PPKPM tidak berpuas hati kerana usaha mereka berunding dengan DBKL gagal walaupun Puncak Baru membawa kesan besar kepada kumpulan peniaga itu. Pada hari perasmian Puncak Baru, kumpulan peniaga itu merancang mengadakan bantahan tetapi membatalkannya saat akhir dengan alasan tidak mahu memalukan perdana menteri. Menjelas kenyataannya sebelum ini, Dr Hosni berkata, beliau tidak bermaksud menyatakan "memalukan Abdullah" tetapi "ingin menunggu masa yang sesuai" untuk menemuinya pada hari tersebut. "Kami memang nak jumpa perdana menteri hari itu, tetapi keadaan tidak mengizinkan kami berbuat demikian," katanya.

malaysiakini(klik sini)

TEMPOH TIGA BULAN

MENURUT LAPORAN AKHBAR PUNCAK BARU AKAN DILAKSANAKAN DALAM TEMPOH TIGA BULAN DARI MAJLIS PECAH TANAH. PENIAGA MASIH LAGI TIADA TEMPAT PEMINDAHAN DAN MASIH BELUM ADA KATA PUTUS DAN HITAM PUTIH DARI DBKL DAN PEMAJU NAZA TTDI.

APAKAH AKAN TERJADI KEPADA NASIB PARA PENIAGA SEKARANG DALAM TEMPOH AKAN DATANG.

31 Mac 2009

LAPORAN BERITA AKHBAR

BATAL BANTAHAN , ENGGAN MALUKAN PM

Asalnya sekumpulan peniaga Pasar Minggu, Kampung Baru merancang membantah projek pembangunan Puncak Baru di tapak premis perniagaan mereka tetapi membatalkannya saat akhir demi menjaga air muka Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Kita tidak mahu malukan Abdullah," kata Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) Dr Hosni Hussen Md Saat selepas majlis pelancaran projek tersebut hari ini.
Difahamkan, ura-ura mengadakan demonstrasi itu timbul beberapa hari sebelum majlis upacara pecah tanah itu - yang dirasmikan oleh Abdullah - dijadualkan berlangsung sewaktu majlis tersebut. Sejak pertengahan tahun lepas, kumpulan peniaga ini membantah usaha membangunkan semula Lot 25 Kampung Baru yang dianggap kawasan perniagaan terawal orang Melayu yang pernah dirasmikan oleh perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman pada 1967.Tapak perniagaan itu meliputi kawasan pasar minggu, gerai Mara, pusat kebudayaan PKNS dan deretan gerai makanan di Jalan Raja Muda Musa.Dr Hosni Hussen berkata PPKPM tidak berpuas hati kerana usaha mereka berunding dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal. "Kami setuju dengan pembangunan ini 110 peratus," katanya, "tetapi, saya 'tuan rumah', DBKL perlulah berbincang dengan saya terlebih dahulu." Dalam ucapannya, Abdullah berkata, Puncak Baru yang menggantikan kawasan Pasar Minggu itu satu lagi kawasan "segitiga emas" di bandar raya ini. "Insya Allah kawasan ini akan jadi tempat yang selesa dan segar. Ini akan jadi golden triangle yang baru,” katanya.

Perdana menteri berkata kawasan itu perlu dibangunkan bukan sahaja sebagai tempat penginapan tetapi juga ekonomi bernilai tinggi yang boleh dimanfaatkan penduduk setempat.Abdullah menyifatkan usaha pembangunan Puncak Baru sebagai "al-islah wa al-tajdid" (pemulihan dan pembaharuan). Tambahnya, kerajaan tidak mahu Kampung Baru menjadi kawasan setinggan di tengah bandar yang terlalu sesak sehingga dipenuh gejala-gejala negatif. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pula berkata, projek Puncak Baru disusun bagi membangunkan kawasan perniagaan, pelancongan dan penempatan baru tanpa mengetepikan orang Melayu. "Kampung Baru ada kepentingan sejarahnya yang unik dan tersendiri. Oleh itu, saya berharap Puncak Baru akan jadi simbol kemegahan warga Kampung Baru," katanya. Turut hadir, timbalannya Datuk M Saravanan, datuk bandar Datuk Ahmad Fuad Ismail dan ahli parlimen PAS Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali.
lawati laman ini
malaysiakini(klik sini)

________________________________________________________


KAMPUNG BARU BERTARAF DUNIA

KUALA LUMPUR – Projek 'Puncak Baru' yang akan dibangunkan di atas tapak Pasar Minggu, Kampung Baru dekat sini yang menelan belanja RM500 juta dijangka siap kira-kira lima tahun lagi.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, bangunan pencakar langit itu mampu mengubah imej Kampung Baru daripada kampung tradisional kepada kampung moden.
“Projek ini bertujuan memajukan penempatan orang Melayu yang terletak di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur selain diyakini menjadi pemangkin kepada pembangunan Kampung Baru secara menyeluruh.
“Malah langkah kerajaan membangunkan kawasan Kampung Baru yang rata-rata penduduknya didominasi kaum Melayu ini agar mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Projek Puncak Baru sempena pembangunan semula tapak Pasar Minggu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini semalam.
Beliau menjelaskan, projek tersebut merupakan sebuah projek pembangunan bercampur yang seimbang sekali gus mengambil kira keperluan penduduk setempat selain kehendak pasaran.
“Pembangunan di atas tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berkeluasan 1.5 hektar itu akan dibina sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat yang menempatkan 392 unit kediaman, sebuah bangunan 40 tingkat unit pejabat dan tiga tingkat ruang membeli-belah.
“Sebuah bazar akan dibina bagi menempatkan 50 peniaga kecil yang terpaksa dipindahkan seketika sementara projek ini siap,” ujarnya.

SELANJUTNYA
KOSMO(klik sini)

_______________________________________________________

"KAMI AKAN TUNGGU JANJI"



KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - "Kami bersetuju dan sokong 110 peratus dengan pembangunan ini. Tetapi bagaimana dengan nasib kami para peniaga di sini. Dato' Zulhasnan menyatakan nasib kami akan dibela. Jadi kami akan tunggu dan lihat sebagaimana yang dijanjikan untuk menempatkan semula peniaga-peniaga seperti kami."

Demikian luahan Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM), Dr Hosni Hussen Md Saat yang mewakili peniaga-peniaga Pasar Minggu, Kampung Baru sewaktu ditemui selepas pelancaran Puncak Baru sempena pembangunan semula tapak Pasar Minggu Kampung Baru, di sini semalam.
Jelas Hosni, sebagai 'tuan rumah', DBKL seharusnya berbincang dengan beliau terlebih dahulu mengenai projek pembangunan tersebut.
"Kami mungkin tidak mampu untuk mendiami kondominium serta menyewa ruang yang disediakan. Jadi, kami berharap terdapat penempatan semula untuk peniaga-peniaga ini,"katanya penuh mengharap.
Sejak pertengahan tahun lepas, kumpulan peniaga ini membantah usaha membangunkan semula tapak pasar yang dianggap kawasan perniagaan terawal orang Melayu yang pernah dirasmikan oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman pada 1967.
Memorandum bantahan tersebut telah dihantar kepada Abdullah pada Jun 2008.
"Sehingga kini kami masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak PM sehinggalah kami diberitahu tentang projek Puncak Baru ini. Ahli-ahli PPKPM semua hendak tahu apa yang berlaku,"katanya.
Tapak perniagaan itu mempunyai 181 lot meliputi kawasan pasar minggu, gerai Mara, pusat kebudayaan PKNS dan deretan gerai makanan di Jalan Raja Muda Musa.
Sementara itu, ditanya ura-ura kumpulan peniaga akan mengadakan bantahan semalam, jelas Hosni, pihaknya terpaksa membatalkan niat tersebut demi menjaga air muka Abdullah.
"Kami tidak mahu malukan Abdullah di saat akhir beliau sebagai Perdana Menteri," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri zulhasnan Rafique, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' M Saravanan, Dato' Bandar Kuala Lumpur, Dato' Ahmad Fuad Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali.
Puncak Baru akan dibangunkan di atas tanah milik DBKL seluas 2.6 ekar. Ia terdiri daripada empat komponen utama iaitu sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat yang mengandungi 392 unit kediaman, 40 tingkat unit pejabat, tiga tingkat ruang membeli belah dan satu pembangunan integrasi Stesen LRT Kg Baru dan ruang perniagaan atau Bazaar. - mks.
HARAKAHDAILY(klik sini)

-------------------------------------------------------------------------------------------------


'Usah spekulasi pendirian penduduk Kampung Baru' (Berita Harian 31-3-2009)
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya penduduk Kampung Baru, di sini tidak membantah pembangunan penempatan itu
selagi mereka tidak terhimpit dengan kesannya atau dipinggirkan daripada menikmati manfaat daripada projek yang dilaksanakan.
Sambil meminta semua pihak tidak membuat andaian berhubung pendirian penduduk Kampung Baru, Perdana Menteri berkata, masyarakat di situ mungkin mahu melihat dulu kesan daripada pelaksanaan projek pertama di situ.
“Kita tak payah nak buat andaian (penduduk menentang pembangunan). Mungkin mereka hendak lihat dulu apa pembangunan yang akan dibuat. Mereka pun inginkan kemajuan, tetapi mungkin ada was-was sikit... tak apalah. Isunya, penduduk di sini bersedia menerima pembangunan, itu yang penting.
“Mereka mahu pembangunan dijalankan, satu persatu lah (pembangunan). Lepas kawasan ini, kawasan lain pula,” katanya selepas melancarkan projek Puncak Baru di tapak Pasar Minggu Kampung Baru di sini, semalam.
Hadir sama ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Ahmad Phesal Talib; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail dan Pengerusi Naza TTDI, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang akan memajukan projek berkenaan.
Projek Puncak Baru di kawasan 11.48 hektar membabitkan pembangunan bercampur mengambil kira keperluan penduduk setempat dan kehendak pasaran, mengandungi empat komponen utama termasuk menara kondominium 60 tingkat menempatkan 392 unit kediaman.
Sumber: Berita Harian


BERITA HARIAN(klik sini)

________________________________________________________

KAMPUNG BARU SEGI TIGA EMAS BARU (Utusan Malaysia 31-3-2009)

UTUSAN MALAYSIA(klik sini)

KUALA LUMPUR 30 Mac – Kampung Baru yang terletak di kawasan hartanah paling berharga di ibu negara akan menjadi segi tiga emas baru dengan pusat ekonomi bernilai tinggi jika ia dibangunkan dengan prasarana yang cukup daripada segi fizikal dan spiritual, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, pembangunannya bukan sekadar ditumpukan kepada kediaman semata-mata tetapi juga daripada sudut ekonomi bernilai tinggi yang dapat memberi manfaat kepada penduduknya.
‘‘Pembangunan Kampung Baru juga perlu mengambil kira aspek alam sekitar selain mengelakkannya menjadi kawasan mundur dalam bandar yang mempunyai segala ciri-ciri keburukan dan sesak,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Puncak Baru Sempena Pembangunan Semula Tapak Pasar Minggu Kampung Baru di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.
Abdullah memberitahu, beliau ingin melihat apabila kawasan itu dibangunkan, penghuni Kampung Baru mempunyai hemah yang tinggi dan memastikan tidak ada penjenayah, penagihan dadah dan kejadian lain yang boleh memburukkan kawasan dan masyarakat setempat.
Perdana Menteri menegaskan, projek pembangunan Puncak Baru yang beliau lancarkan hari ini dengan pembinaan yang kemas serta dilengkapi dengan landskap yang menarik akan menjadi mercu tanda Kampung Baru.
Projek pembangunan Puncak Baru akan dibina di tanah seluas 1.5 hektar milik Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), melibatkan sebuah menara kondominium setinggi 60 tingkat mengandungi 392 unit kediaman dan sebuah bangunan 40 tingkat mengandungi unit pejabat selain tiga tingkat ruang beli belah dan perniagaan.
Projek bernilai RM500 juta itu akan bermula dalam masa tiga bulan dan siap dalam masa empat hingga lima tahun.



Abdullah Ahmad Badawi melihat model Puncak Baru yang akan
dibina di tapak pasar minggu, Kampung Baru, Kuala Lumpur
semalam. Turut hadir Zulhasnan Rafique dan Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin (kanan).
UTUSAN / Mohd Naim Aziz
Jelas Perdana Menteri, penduduk Kampung Baru tidak pernah menolak pembangunan yang hendak dilakukan oleh kerajaan di kawasan tersebut.
Tetapi katanya, mereka ingin melihat dahulu pembangunan yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan sebelum mengambil keputusan untuk bersama-sama membangunkan Kampung Baru.
‘‘Penduduk Kampung Baru tidak tidak mahu pembangunan yang akan menghimpit dan memaksa mereka keluar dari kawasan ini, mereka mahukan pembangunan yang akan memastikan warisan mereka dikekalkan.
‘‘Jangan buat andaian bahawa penduduk Kampung Baru tidak inginkan pembangunan dan saya percaya setelah mereka lihat pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan, mereka bersedia untuk memajukan kawasan ini,” katanya.
Abdullah menegaskan, selepas pembangunan Puncak Baru, pembangunan di kawasan lain Kampung Baru akan dilakukan satu persatu.

30 Mac 2009

SEMPURNALAH SUDAH MAJLIS PECAH TANAH



BERAKHIR SUDAH MAJLIS PECAH TANAH YANG DISEMPURNAKAN OLEH PERDANA MENTERI DIIRINGI OLEH MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN PADA UPACARA YANG BERLANGSUNG PADA PUKUL 11.30 PAGI TADI. KINI SEGALANYA TELAH TERJAWAB. MAJLIS YANG DIHADIRI OLEH PERDANAN MENTERI, MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN TIMBALANNYA, DATUK BANDAR KUALA LUMPUR, YB PARLIMEN TITIWANGSA, KETUA BAHAGIAN UMNO TITIWANGSA DAN YANG PALING PENTING ADALAH KEHADIRAN PEMAJU UTAMA PUNCAK BARU IAITU PENGERUSI NAZA TTDI SERTA TETAMU TERHORMAT YANG LAIN.

PUNCAK BARU YANG AKAN DIDIRIKAN SERBA MODEN DAN CANGGIH MEMPUNYAI DUA BLOK BERKEMBAR DAN PODIUM PERNIAGAAN YANG MEWAH. ADAKAH INI AKAN MENJADI PEMANGKIN KEPADA PELAKSANAAN DRAF PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR 2020 YANG MASIH DALAM PERINGKAT BACAAN BANTAHAN. BILAKAH PIHAK DBKL AKAN MENGUMUMKAN PROSES BANTAHAN RAKYAT BERKAITAN PELAN INI.

YANG MENJADI PERSOALANYA IALAH BAGAIMANA NASIB PENIAGA YANG RATA-RATA TIDAK BERKEMAMPUAN UNTUK MEMBELI HARTANAH YANG AKAN DIDIRIKAN DIATAS TAPAK PERNIAGAAN MEREKA SEKARANG. ADAKAH PENIAGA KECIL INI MAMPU UNTUK MENDAPATKAN HAK MEREKA APABILA PROJEK INI AKAN DILAKSANAKAN.

NAZA TTDI NAMA YANG TIBA-TIBA MUNCUL MENJADI PEMAJU UNTUK PASAR MINGGU. SIAPAKAH DISEBALIK TABIR UNTUK MENJAYAKAN PROJEK MEWAH INI DAN APAKAH YANG AKAN PENIAGA DAPAT DARI PEMAJU NAZA TTDI INI?????

SEBENARNYA MASIH BANYAK PERSOALAN YANG TIDAK TERJAWAB LAGI ANTARANYA TIADA PERJANJIAN ANTARA PIHAK DBKL DAN PEMAJU BERKAITAN PEMINDAHAN DAN PENEMPATAN SEMULA SEBAB TAJUK UTAMA PROGRAM "PEMBANGUNAN SEMULA TAPAK PASAR MINGGU" KEPADA PENIAGA. MASIH LAGI TIADA JAWAPAN BAHAWA PEMILIK SEBENAR TANAH ANTARA PKNS DAN DBKL.

30-03-2009 MENJADI TARIKH SEJARAH PASAR MINGGU

HARI INI MENJADI SEJARAH PERISTIWA DALAM NEGARA MALAYSIA APABILA MAJLIS PERASMIAN PUNCAK BARU MENGANTIKAN NAMA PASAR MINGGU AKAN DISEMPURNAKAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 30-03-2009 JAM 11.00 PAGI. SELEPAS PADA INI NAMA PASAR MINGGU AKAN LENYAP DAN MENJADI KENANGAN PADA PELANCONG-PELANCONG LUAR YANG DATANG KESINI UNTUK MENCARI "SUNDAY NIGHT MARKET".

SEGALA PERSIAPAN TELAH DILAKUKAN OLEH PIHAK BANDARAYA UNTUK MEMASTIKAN MAJLIS INI BERJALAN LANCAR.

29 Mac 2009

PUNCAK BARU ITULAH NAMA BARU PASAR MINGGU










NAMA PASAR MINGGU AKAN LENYAP DALAM KAMUS KAMPUNG BARU DAN AKAN DIGANTI DENGAN NAMA YANG BARU IAITU PUNCAK BARU YANG AKAN MENJADI MERCU TANDA KAMPUNG BARU MASA AKAN DATANG. PERDANA MENTERI AKAN MERASMIKAN MAJLIS PELANCARAN PUNCAK BARU SEMPENA PEMBANGUNAN SEMULA TAPAK PASAR MINGGU KAMPONG BHARU PADA HARI ISNIN 30 MAC 2009, ESOK.

28 Mac 2009

DUA HARI LAGI

SATU MAJLIS BESAR AKAN DIADAKAN PADA 30 / 03 / 2009 JAM 11 PAGI DI PASAR MINGGU. DARI MULUT ORANG RAMAI MENGATAKAN KEMUNGKINAN BESAR PM AKAN MERASMIKAN MAJLIS TERSEBUT. MASIH LAGI TIADA TAKLIMAT DARI MANA-MANA PIHAK DAN JUGA NOTIS MENGATAKAN PM AKAN DATANG KE PASAR MINGGU.

MAJLIS APA???
UNTUK APA???

21 Mac 2009

TARIKH KERAMAT 20 - 03 - 2009

20 MAC 2009 ADALAH TARIKH AWAL YANG TELAH DIRANCANG UNTUK MENGADAKAN MAJLIS PECAH TANAH PASAR MINGGU TETAPI TARIKH ITU DITANGGUHKAN KE SATU TARIKH YANG LAIN YANG TIDAK PASTI BILA. PENDUDUK TERTANYA-TANYA BILA AGAKNYA MAJLIS PECAH TANAH ITU AKAN DIADAKAN. AKHIRNYA PENDUDUK PASAR MINGGU TERPAKSA MENUNGGU DAN MENUNGGU. TETAPI MASIH TIADA LAGI PENJELASAN YANG TELAH DIADAKAN OLEH MANA-MANA PIHAK BERKAITAN MAJLIS TERSEBUT??????. APAKAH INI SATU MANIPULASI YANG AKAN DILAKUKAN OLEH PIHAK YANG TERTENTU???????

16 Mac 2009

INILAH REALITI

BARU-BARU INI PHAK DBKL TELAH DATANG KE PASAR MINGGU UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK YANG SUDAH LAMA TERTANGGUH. BARU-BARU INI ADA URA-URA MENGATAKAN BAHAWA PEMIMPIN TERTINGGI MALAYSIA AKAN DATANG KE PASAR MINGGU UNTUK MAJLIS PECAH TANAH. INI DAPAT DILIHAT APABILA DBKL TELAH MENJALANKAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SERTA MENURAP JALAN DAN MEMPERBAIKI SISTEM PERPARITAN DAN LONGKANG.
WALAU APAPUN DIUCAPKAN RIBUAN TRIMA KASIH KEPADA PIHAK DBKL YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MEMBUAT KEBAIKAN UNTUK RAKYAT. TERIMA KASIH.
YANG MENJADI PERSOALANYA IALAH KENAPA APABILA PEMIMPIN NAK DATANG KERJA-KERJA PEMBAIKAN INI DILAKUKAN????







14 Mac 2009

TERIMA KASIH DBKL

TERIMA KASIH DI UCAPKAN LEPADA SEMUA TENAGA KERJA DBKL YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENGADAKAN GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PASAR MINGGU. INI KERANA SUDAH LAMA DBKL TIDAK BERBUAT SEDEMIKIAN. TAPI APAKAH INI SEMUA BERKAITAN DENGAN KEDATANGAN MENTERI YANG AKAN MERASMIKAN MAJLIS PECAH TANAH. TIDAK PASTI SIAPA YANG AKAN DATANG MENYEMPURNAKAN MAJLIS TERSEBUT

10 Mac 2009

PECAH TANAH!!!! ADAKAN PERBINCANGAN DENGAN PENDUDUK TERLEBIH DAHULU

PERMASALAHAN PENIAGA TIDAK DIBINCANGKAN DENGAN TELITI. SEGALA KEHENDAK DAN PERMINTAAN PENIAGA TIDAK DIAMBIL PEDULI. TAPI MAJLIS PECAH TANAH HENDAK DIADAKAN. ADAKAH PATUT TINDAKAN SEBEGINI RUPA? JIKA KERAJAAN TIDAK BERTOLAK ANSUR DENGAN KEHENDAK PENIAGA , PEMILIK DAN PENGUNDI PALING UTAMANYA. MAKA KERAJAAN TIDAK BELAJAR MENGAPA PENGUNDI LARI MEMANGKAH PEMBANGKANG!!!!!!! TINDAKAN-TINDAKAN SEBEGINI MEMBUATKAN RAKYAT MARAH, MELUAT DAN JELAK DENGAN TINDAKAN PEMIMPIN YANG HANYA MEMIKIR KEHENDAK PERIBADI SEMATA-MATA.

BILA AGAKNYA DBKL BERANI HENDAK MENGADAKAN PERBINCANGAN DENGAN PENDUDUK PASAR MINGGU. JANGAN BERSELINDUNG DISEBALIK NAMA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR SEBALIKNYA INDIVIDU TERBABIT HARUS BERANI TAMPIL MEMBERIKAN KENYATAAN. PERKARA INI DAH BERLARUTAN DARI DAHULU LAGI. KENAPA DBKL TAKUT BERJUMPA DENGAN SEMUA PENDUDUK. PERKARA INI MENJADI PERSOALAN DAN MERAGUKAN???????


SEDARLAH WAHAI SI PEMIMPIN BANGSA.
JANGAN MENANG SORAK
KAMPUNG TERGADAI

PASAR MINGGU

PASAR MINGGU
DIAMMU TIDAK BERERTI MENGALAH
SEPI MU TIDAK BERERTI KOSONG
SURAM MU TIDAK BERETI KELAM
NAMAMU TETAP DIHATI


PASAR MINGGU
DAHULU GAH MENITI BIBIR
TUMPUAN PELANCONG
LUAR DAN DALAM
PELBAGAI KEPERLAUAN BOLEH DIDAPATI


TAPI...... TAPI KINI
HANYA TINGGAL NAMAMU SAHAJA
APA YANG ADA LAGI
HANYA SEJARAH MENJADI SANTAPAN MINDA
MEMORI LAMA MENGULIT
KEMERIAHAN PASAR MINGGU
KEGEMILANGAN PASAR MINGGU KINI LENYAP
ALIRAN ZAMAN BERUBAH ZAMAN
PASAR MINGGU..... TETAP DISITU
MENUNGGU DAN TERUS MENUNGGU


MASA KIAN BERLALU
MENANTI DETIK-DETIK AKHIR
PASAR MINGGU TERUS MENUJU
GENERASI KEEMPAT


APA ADA DENGAN PASAR MINGGU
HANYA TINGGAL SEKELUMIT SAHAJA
SEKELUMIT LAGI TELAH HAPUS
SEDIKIT DEMI SEDIKIT


ADAKAH PASAR MINGGU HARUS DI PERBAIKI
ATAU PUPUS OLEH KERAKUSAN MANUSIA

AGENDA POLITIK APA BAKAL BERLAKU????

BENARKAH AKAN ADA "MAJLIS PEMBERSIHAN" BAKAL DIADAKAN DALAM TEMPOH 2 MINGGU DARI SEKARANG.

STATUS TANAH YANG MASIH LAGI MENJADI TANDA TANYA ANTARA PENDUDUK, DBKL DAN PKNS ATAU LEMBAGA MAS YANG JUGA PENTADBIR KAMPUNG BARU. SIAPAKAH YANG LEBIH BERHAK KEATAS TANAH TERSEBUT.

PENDUDUK TELAH MENDUDUKI TANAH TERSEBUT LEBIH DARI 3 GENERASI SEMENJAK IA DIRASMIKAN PADA TAHUN 1967.

APA JAMINAN PENDUDUK JIKA PASAR MINGGU DIBANGUNKAN. APA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA PENDUDUK????????

04 Mac 2009

KUNJUNGAN DBKL

HARI INI 4 MAC 2009 KELIHATAN BEBERAPA PEGAWAI DBKL TELAH DATANG KE PASAR MINGGU LAGI MELAKUKAN TINJAUAN. APAKAH ERTI SEMUA INI.
PENDUDUK MASIH TERTANYA-TANYA APA YANG AKAN BERLAKU

PERBADANAN KAMPUNG BARU DIWUJUDKAN

KUALA LUMPUR 3 Mac - Kerajaan akan mewujudkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru bagi memajukan penempatan orang Melayu itu yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, butir-butir lengkap mengenai perbadanan itu akan didedahkan kepada umum setelah Pelan Pembangunan Kampung Baru yang terkandung dalam Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 diwartakan.
''Perbadanan ini akan diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan maklumat lengkap akan didedahkan setelah pelan berkenaan dipersetujui semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi peringkat kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Zulhasnan, kerajaan juga telah menubuhkan Unit Khas Pembangunan Kampung Baru yang dianggotai pegawai DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kementerian itu.
Katanya, tujuan utama penubuhan unit itu ialah untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan pemilikan tanah di Kampung Baru.
''Antara masalah lain yang akan diatasi ialah pertukaran nama pada geran, masalah pindah milik dan waris meninggal dunia," katanya.
Tambah beliau, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM100 juta sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi membangunkan tapak pasar minggu di Kampung Baru.
''Peruntukan ini juga akan digunakan bagi meningkatkan rangkaian jalan raya yang menghubungkan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Razak," jelasnya.
Dalam pada itu, menjawab celahan Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) ketika penggulungan itu, beliau berkata, tiada sebarang rancangan untuk melantik Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) sebagai pemaju bagi membangunkan Kampung Baru.
LAPORAN AKHBAR INI TELAH MEMBERITAHU AKAN KEDATANGAN SEKUMPULAN PEGAWAI DBKL BEBERAPA HARI LALU.
TERTANYA-TANYA??
JELAS TERBUKTI BAHAWA SEKUMPULAN PEGAWAI/ KAKITANGAN DBKL BESERTA KONTRAKTOR YANG DATANG PADA 2 MAC 2009 BUKAN HANYA SEBAGAI PROGRAM PEMBERSIHAN TETAPI ADA UDANG DI SEBALIK MEE DALAM PINGGAN YANG MENANTI UNTUK DIHIDANGKAN. BENARLAH DENGAN SEBAHAGIAN PERUNTUKAN RM100 JUTA YANG BARU UNTUK PASAR MINGGU (BAGAIMANA DENGAN PERUNTUKKAN YANG LAMA??)
1. APAKAH NASIB YANG BAKAL MENIMPA PENDUDUK KAMPUNG BARU???
2. TIADA PERBINCANGAN DENGAN PEMILIK TANAH DI KAMPUNG BARU???
3. BAGAIMAN PULA DENGAN PERANAN LEMBAGA M.A.S DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU DAN PERBADANAN KAMPUNG BARU INI???
4. RM 100 JUTA LAGI PERUNTUKKAN UNTUK PASAR MINGGU???
5. BILA BANTAHAN DRAF PELAN BANDARAYA KUALA LUMPUR 2020 JILID 4: KAMPONG BHARU AKAN DIUMUMKAN???
6. KENAPA PERBADANAN KAMPUNG BARU HARUS DILETAKKAN DIBAWAH DBKL???
7. APAKAH YANG AKAN BERLAKU NANTI ???

02 Mac 2009

DBKL DATANG KE PASAR MINGGU

HARI INI 2 MAC 2009 LEBIH KURANG 10.40 PAGI SEKUMPULAN PEGAWAI DBKL DATANG DAN MEREKA BEREDAR SEKITAR JAM 12.00 TENGAHARI. BUAT PERTAMA KALI DALAM TAHUN 2009 SEKUMPULAN PARA PEGAWAI DBKL TELAH DATANG KE PASAR MINGGU UNTUK MELAKUKAN PEMERIKSAAN TAPAK PASAR MINGGU. MASIH LAGI SAMAR TUJUAN SEBENAR DBKL DATANG KE PASAR MINGGU KERANA PENDUDUK TIDAK MENGETAHUI TUJUAN SEBENAR PEGAWAI DBKL DATANG KE SINI. TIDAK DAPAT DIPASTIKAN SAMADA KONTRAKTOR JUGA HADIR PADA HARI INI (KELIHATAN BEBERAPA KERETA MEWAH). APAKAH INI MENANDAKAN BERAKHIRNYA SEJARAH PASAR MINGGU YANG PERNAH MENJADI NADI PERNIAGAAN DI KAMPUNG BARU SUATU KETIKA DAHULU. SEBELUM INI ADA BEBERAPA KAKITANGAN DBKL TELAH DATANG KE PASAR MINGGU MELAKUKAN TINJAUAN. HARI INI TERBUKTI BAHAWA ADA PERKARA YANG BERLAKU DISEBALIK TINJAUAN MEREKA SEBELUM INI.
*** ADA SUMBER MENGATAKAN BAHAWA ADA MAJLIS PECAH TANAH AKAN DIADAKAN DI PASAR MINGGU???
APAKAH KEBENARAN INI??
PENDUDUK TERTANYA-TANYA APAKAH YANG AKAN BERLAKU.

05 Februari 2009

KAMPUNG BARU : TRANSFORMASI JIWA DAN WAJAH... bhg 6

Oleh Rohana Mustaffa
Bahagian Akhir daripada 6 siri Rencana Kampung Baru
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kampung Baru akan mengalami transformasi jiwa dan wajahnya menjelang tahun 2020, sekiranya sebuah draf pelan ibu kota diterima sepenuhnya terutama oleh warga kampung ini.Ketika itu Kuala Lumpur akan muncul menjadi bandar raya bertaraf dunia manakala Kampung Baru pula diangkat martabatnya menerusi pembangunan yang berstrukturkan zon dengan kewujudan 16 presint di atas tanahnya seluas 378.93 ekar (151.57 hektar)Keluasan ini mengikut ukuran Kampung Baru di bawah kawasan Malay Agriculture Settlement (Petempatan Pertanian Melayu) (MAS) yang merangkumi Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Atas A, Kampung Atas B, Kampoung Hujung Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah seluas 225.89 ekar (90.35 hektar).Seluas 153.04 ekar (61.21 hektar) lagi ialah kawasan di luar MAS terdiri daripada kawasan Chow Kit, Dang Wangi dan Jalan Sultan Ismail (dulunya terdapat beberapa buah kampung setinggan), Kampung Sungai Baru dan Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Kampung Baru di dalam peta Kuala Lumpur terletak di bahagian utara pusat bandar, disempadani Jalan Raja Muda Abdul Aziz di utara, Jalan Tun Razak di timur, Jalan Dang Wangi, Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Sungai Kelang di selatan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sebelah barat.Sekiranya Draf Kuala Lumpur Pelan Dewan Bandaraya 2020 diterima secara keseluruhannya, Kampung Baru akan berubah wajah kepada, sebagai contoh Presint A di mana Pasar Minggu Kampung Baru bersama stesten LRT Kampung Baru akan dimajukan sebagai pusat pengumpulan, pemasaran serta pameran kebudayaan dan seni dengan kewujudan kemudahan laluan kaki bernama Kampung Baru Walk.
KEWUJUDAN ZON PEMBANGUNAN
Jalan Raja Abdullah yang akan bernama Presint B, akan dizonkan sebagai Laluan Korporat atau Corporate Street, Jalan Raja Alang yang mempopularkan Bazar Ramadan akan dikekalkan tetapi dengan nama barunya Laluan Bazar atau Bazaar Street di Presint P.Draf itu juga mencadangkan supaya Jalan Raja Bot sebagai Presint H akan menjadi pasar seni bersempadan dengan Presint G atau Hab Perubatan yang merangkumi Hospital Kuala Lumpur, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM dan Pusat Penyelidikan Perubatan (IMR) yang sedia ada.Deretan kedai lama di Jalan Dang Wangi (dahulunya Jalan Campbell) akan menjadi Presint Warisan K, sementara Jalan Raja Uda yang mempunyai bilangan besar rumah kampung, akan menjadi kawasan kediaman dan komersil yang dinamakan Presint F, manakala Presint J pula adalah pusat perbankan Islam di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Abdullah yang sudah wujud beberapa buah bank di situ.
Jalan Raja Muda Abdul Aziz yang kini merupakan pusat perniagaan usahawan Melayu dalam industri kereta motor akan bergelar Autocity Mall yang terdiri daripada pelbagai pusat jualan dan pameran automobil serta pusat aksesori kenderaan.DBKL menerusi draf itu mencadangkan supaya semua kawasan dalam kawasan operasinya dilibatkan dalam rancangan pembangunan untuk menyediakan peluang dan kemudahan sama rata kepada penduduknya yang dijangka mencapai 2.2 juta.Setiap kawasan mempunyai kategorinya dan DBKL menetapkan bahawa perlu wujud kawasan-kawasan khusus yang memerlukan perhatian dari segi pelaksanaan perancangan pembangunannya disebabkan sudah ketinggalan dan dikaitkan dengan masalah pembangunan yang kompleks, kemiskinan, persekitaran hidup yang kurang sihat dan infrastruktur yang tidak mencukupi.Menurut draf Kuala Lumpur 2020 itu, Kampung Baru akan berperanan sebagai penghubung kebudayaan dan komersil penting di antara bahagian utara, barat dan timur pusat bandar raya.
KORIDOR HIJAU AKAN MUNCUL DI KAMPUNG BARU
Kampung Baru juga akan terlibat dalam pembangunan koridor hijau yang menghubungkan Presint Kebudayaan di sepanjang Jalan Tun Razak dan Taman Tasik Titiwangsa dengan menggunakan Sungai Bunus sebagai kawasan lapang berjajar.Mengikut pelan struktur itu, kawalan ketinggian bangunan akan dikenakan di kawasan ini dalam usaha mengekalkan koridor visual dari Taman Tasik Titiwangsa ke Menara Kembar Petronas Kuala Lumpur.Kampung ini juga akan dibangunkan sebagai pemangkin kepada kewujudan satu Koridor Kebudayaan yang menghubungkan presint kebudayaan di Jalan Tun Razak dan Jalan Conlay dengan presint membeli belah di KLCC dan Chow Kit.Kampung Baru, satu-satunya kampung rizab Melayu di tengah-tengah bandar raya, merupakan antara enam kawasan khusus yang ketinggalan dalam pembangunan, dan akan diberi perhatian dari segi pelaksanaan perancangannya oleh DBKL.
Daripada enam kawasan itu, Kampung Baru merupakan kawasan yang paling padat dengan penduduk, seramai 446 orang satu hektar, atau 45,000 orang keseluruhannya (mengikut bancian tahun 2000).DBKL kini dalam proses mendengar pandangan dan bantahan terhadap Draf Kuala Lumpur Pelan Bandar Raya 2020 selepas dibentangkan kepada umum tahun lepas dan menerima maklum balas mereka melalui borang khas pandangan awam yang disediakan.Jilid 4 draf itu khusus melibatkan pelan tempatan perancangan di Kampung Baru.DBKL menerima lebih 100 pandangan dan bantahan daripada individu, badan bertindak penduduk dan persatuan yang mengisi borang pandangan awam berkenaan dan mereka kini menunggu giliran untuk dipanggil di hadapan sebuah panel bebas.
Pengarah Jabatan Pelan Induk DBKL Zainab Mohd Ghazali Ogos tahun lepas turut dijemput sekumpulan penduduk Kampung Baru untuk memberikan penerangan mengenai pelan tempatan khusus melibatkan kawasan Kampung Baru di dalam draf itu.Beliau berkata empat alternatif pembangunan disyorkan DBKL bagi Kampung Baru iaitu:
a. Pembangunan mengikut trend - mengekalkan ikut keadaan sedia ada dengan kebanyakan pembangunan bergantung kepada tuan tanah.
b. Pembangunan semula terpilih - mengikut kesesuaian kawasan yang dikenal pasti.
c. Pembangunan semula berintegrasi - digalakkan DBKL kerana pembangunan Kampung Baru akan disepadukan dengan pembangunan di kawasan sekitarnya seperti Taman Tasik Titiwangsa dan KLCC.
d. Pembangunan semula komprehensif - memerlukan pengambilan tanah dan melibatkan perubahan keseluruhan kawasan.
Aspek penting dalam pelan pembangunan Kampung Baru ialah cadangan zoning yang diperaku untuk keseluruhan kawasan Kampung Baru. Cadangan zoning ini menetapkan kegunaan tanah bagi kawasan-kawasan di Kampung Baru yang secara langsung akan mempengaruhi nilai harga tanah pemilik tanah dan kegunaan tanah itu.Sesetengah kawasan ditetapkan sebagai kawasan perdagangan, kegunaan bercampur kediaman, zon kemudahan dan infrastruktur, kawasan lapang awam dan lain-lain.
PENDEKATAN PELBAGAI DIGUNA PAKAI
Pada seminar itu, Zainab menjelaskan bahawa mekanisme yang dicadangkan oleh Pelan Pembangunan Kampung Baru ialah "pendekatan pelbagai" dengan memberi empat pilihan kepada pemilik untuk membangunkan tanah mereka -
(1) secara persendirian
(2) pembangunan tanah bersepakat
(3) pembangunan melalui Kampung Baru Development Corporation atau
(4) DBKL mengambil balik tanah di bawah 3(1)(b) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.
Bagaimanapun, katanya, DBKL mengesyorkan supaya pembangunan secara persendirian digalakkan dan pembangunan melalui pengambilan tanah ialah cara terakhir.Sebanyak RM100.6 juta diperuntuk di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 untuk menaik taraf struktur fizikal dan infrastruktur di Kampung Baru yang melibatkan pembangunan semula Pasar Minggu (RM20 juta), menaik taraf dan memperindah Jalan Raja Alang serta Jalan Raja Muda Musa (RM25 juta), membina dan menaik taraf rangkaian jalan yang menghubungkan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Razak (RM40 juta), penambahbaikan dan mencantikkan persekitaran Jalan Raja Bot dan Jalan Haji Hussein (RM7 juta) serta projek bersepadu pejalan kaki (RM8.6 juta).Mengambil kira segala rancangan pembangunan ini, turut dibincangkan ialah syor memansuhkan sekatan kepentingan yang menghalang pendudukan dan penyewaan kepada bukan Melayu bagi meninggikan nilai tanah di Kampung Baru dan membolehkan pembangunan pesat berlaku.Pemansuhan sekatan ini akan menjamin kelarisan pasaran hartanah yang akan dibangunkan dan dalam hal ini juga pembangunan Kampung Baru tidak perlu bergantung kepada tuan tanah Kampung Baru saja tetapi diperluas kepada orang Melayu lain yang berkemampuan.
MEKANISME PEMBANGUNAN
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, yang juga anak Kampung Baru, sempena sambutan Hari Wilayah, memberi jaminan kepada penduduk kampung ini yang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru akan ditubuhkan di bawah bidang kuasa DBKL untuk memudahkan pelaksanaan rancangan pembangunannya.Beliau yakin pemilik tanah akan diberi pilihan untuk membangunkan tanah mereka dan mereka boleh memilih formula yang menguntungkan mereka tetapi haruslah ada satu formula yang bertepatan untuk itu.DBKL sementara itu mengakui bahawa Jabatan Peguam Negara telah mengesahkan bahawa hak milik yang dikeluarkan Pejabat Tanah KuaLa Lumpur (sebelum 1974) dan kemudian Wilayah Persekutuan, adalah sah di sisi undang-undang, dengan itu pemilik tanah MAS Kampung Baru mempunyai hak milik yang tidak boleh disangkal di bawah Seksyen 340 Kanun Tanah Negara.Dari segi hak, ia terjamin mengikut Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan, iaitu: "Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi".Oleh itu DBKL mentafsirkan Perkara 13 seperti berikut:* Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil tanah milik individu secara paksa. Apabila tanah milik seseorang atau badan diambil, pampasan secukupnya (harga pasaran) mesti dibayar kepada pemilik*Tanah milik persendirian hanya boleh diambil atau digunakan di bawah kuatkuasa undang-undang.Dalam kes tanah MAS Kampung Baru, DBKL mengesyorkan tanah itu dimajukan oleh sebuah badan kerajaan atau syarikat kerajaan (GLC) dan Kabinet boleh mengarahkan syarikat berkenaan supaya mengambil tanah MAS yang dikenal pasti di bawah Seksyen 3(1)(b) APT 1960.Pemilik tanah boleh memilih sama ada ingin menerima pampasan dalam bentuk wang tunai atau sebahagian wang tunai dan sebahagian hartanah yang hendak dibangunkan pemaju.Mana-mana hartanah yang siap dibangunkan sementara menunggu orang Melayu membelinya, boleh disewakan kepada pihak lain sama ada Melayu atau bukan Melayu.Antara kaedah pembahagian hartanah yang disyorkan ialah sistem pawah di mana pemaju mengambil tujuh bahagian dan tuan tanah diberi tiga bahagian atau cara lain yang adil berdasarkan nilai tanah.Cara kedua ialah menubuhkan satu badan khas di bawah akta Parlimen yang berperanan membangunkan tanah rizab Melayu di seluruh Semenanjung, memasarkan hartanah yang dimajukan orang Melayu, memegang dan menguruskan hartanah yang belum dapat dijual kepada orang Melayu dan menyewakannya kepada orang lain, Melayu dan bukan Melayu serta membeli kuota hartanah Bumiputera yang tidak mampu dibeli.Cara ketiga ialah memberi kebebasan kepada pemilik tanah membangunkan tanah mereka apabila mereka merasakan sudah bersedia dan mampu menjalankan projek tertentu ke atas hartanah mereka.Sementara itu, DBKL menjangkakan tidak menghadapi masalah dalam cadangan membangunkan tanah Kampung Baru di luar kawasan MAS seperti yang pernah dilaksanakan PKNS dan ia turut boleh diusahasama dengan bukan Melayu dengan pasaran tanahnya lebih terbuka.
-- BERNAMA

KAMPUNG BARU : PERTAHANKAN WARISAN MELAYU DI IBU KOTA... bhg 5

Oleh Rohana Mustaffa
Bahagian 5 daripada 6 Siri Rencana Kampung Baru
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Kampung Baru, perkampungan rizab Melayu tunggal di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur boleh dimajukan dengan syarat ia hendaklah kekal selama-lamanya sebagai markas kelompok Melayu.Warisan Melayu yang wujud seperti Masjid Jamek Kampung Baru dan Pasar Minggu hendaklah sentiasa dipelihara manakala segala perancangan masa depan yang membabitkan bangunan dan cadangan memperindah sungai perlu menyerapkan identiti Melayu.Dengan kata lain, Kampung Baru Kuala Lumpur tidak dapat tidak perlu kekal sebagai Warisan Melayu di tengah-tengah Kuala Lumpur.Sekiranya kelonggaran hendak diberikan untuk membolehkan penyewaan ruang perniagaan atau tanah atau sebarang kegiatan kepada bukan Melayu, hak milik tanah di Kampung Baru hendaklah kekal untuk orang Melayu sahaja dan hak milik tidak dibenarkan bertukar tangan.Demikianlah penekanan mengenai kepentingan orang Melayu yang digariskan dalam suatu memorandum bersama oleh Persatuan Pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur (PKKB) dan Persatuan Kebajikan Anak-anak Melayu Kampung Baru Kuala Lumpur (Pakam) pada seminar mengenai Kampung Baru yang diadakan pada 1994.Ini adalah permintaan sebahagian besar penduduk Kampung Baru yang menganggotai kedua-dua persatuan yang mewakili kepentingan mereka.Memorandum yang kini berusia 15 tahun itu amat mementingkan masa depan orang Melayu dan kelangsungan hayat Kampung Baru dalam arus pembangunan pesat Kuala Lumpur.Kedua-dua persatuan itu turut membangkitkan kebimbangan pemilik tanah, masalah pengambilan tanah milik beramai, isu pampasan dan penyewaan kepada orang bukan Melayu.Memorandum itu yang dilahirkan ekoran wujudnya berita mengenai rancangan pembangunan Kampung Baru, bertujuan mengutarakan pandangan pemilik tanah, para penduduk dan mereka yang berniaga di kawasan berkenaan bagi memastikan pembangunannya setaraf dan seimbang dengan kawasan sekelilingnya.
JANGAN UBAH HAKMILIK TANAH
Mengenai cadangan sewaan tapak kepada bukan Melayu, kedua-dua persatuan itu merujuk kepada Seksyen 16 dan Seksyen 17 Enakmen Rezab Melayu 1965 yang menjelaskan bahawa sebarang tukar milik, cagaran atau pajakan kepada bukan Melayu tidak boleh dibenarkan dan seksyen 222 dan 223 Kanun Tanah Negara pula menentukan apa-apa pajakan yang melebihi tiga tahun, hendaklah berdaftar.Mereka sedar bahawa apa-apa sewaan atas pajakan bagi jangka masa kurang dari tiga tahun tidak akan menarik ahli perniagaan bukan Melayu sedangkan permohonan pendaftaran pajakan yang melebihi tiga tahun kepada orang bukan Melayu, pastinya akan ditolak oleh Pendaftar Tanah.Oleh yang demikian, kedua-dua persatuan itu mencadangkan supaya kerajaan meluluskan pemberian hak milik strata Kampung Baru dan dibenarkan juga pajakan tanah kepada bukan Melayu dengan syarat ia tidak melebihi 25 tahun, didaftarkan.DBKL pula perlu mewujudkan zoning dalam perancangan pembangunan Kampung Baru iaitu memperuntuk sekurang-kurangnya satu pertiga kawasan Kampung Baru sebagai kawasan kediaman tetapi bukan khusus di satu tempat kerana ada keperluan untuk kawasan kediaman golongan pendapatan sederhana dan rendah, tidak semestinya di dalam kawasan Kampung Baru, tetapi juga boleh di kawasan pinggirnya.Untuk menentukan nilai tanah Kampung Baru seimbang dengan nilai tanah di sekitarnya, mereka mencadangkan purata plot atau kepadatan penduduk bagi kawasan ini dipertingkat sama seperti kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan-kawasan yang berhampiran.Kawasan lapang yang sedia ada seperti Padang Kelab Sultan Sulaiman dan Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang ditafsirkan sebagai tanah lapang.Kedua-dua persatuan itu mencadangkan tanggungjawab pembangunan Kampung Baru tidak diambil seluruhnya oleh oleh kerajaan tetapi turut dikendalikan badan berkanun seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Urban Development Authority (UDA) dan Amanah Saham Selangor serta syarikat Bumiputera yang berminat dengan cara membeli tanah Kampung Baru mengikut harga pasaran.
CADANGAN LAIN
Cadangan lain termasuk : - Tuan tanah diberi jangka masa yang sesuai untuk berunding dengan pemaju dan jika urusan jual beli tidak dapat diselesaikan sama ada disebabkan ketiadaan waris atau wakil mutlak atau kedegilan yang tidak munasabah, kerajaan boleh menggunakan kuasa pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi pihak pemaju berkenaan.Dalam apa jua keadaan, keutamaan hendaklah diberikan kepada syarikat Bumiputera di dalam urusan pembangunan Kampung Baru, dan mereka bertanggungjwab mengadakan kediaman alternatif kepada penduduk terlibat.Harga muktamad bagi pampasan pengambilan tanah terletak kepada mahkamah tetapi hendaklah dinilai seimbang dengan harga tanah di kawasan sekitar dan pinggir Kampung Baru.Ruang perniagaan atau kediaman hendaklah terlebih dahulu ditawarkan kepada penduduk tempatan sebelum dijual kepada Bumiputera (Melayu sahaja) lain dan tiap blok pembangunan menyediakan kawasan penjaja atau perniagaan.Kepentingan sosial dan kebudayaan Kampung Baru dipelihara supaya cara hidup penduduknya tidak berubah dan oleh itu Masjid Jamek Kampung Baru dikekal dan dipertingkat sesuai dengan pembangunan di sekelilingnya.Begitu juga dengan bangunan Kelab Sultan Sulaiman yang kaya dengan sejarah kebangsaan dikekalkan sebagai pusat pembangunan masyarakat, aktiviti sukan dan rekreasi, Pasar Minggu Kampung Baru dikekalkan untuk kegiatan perniagaan Melayu dan dinaiktaraf dengan bangunan bertingkat seperti pasar moden menjual kraftangan, makanan dan sebagainya seperti di Kota Baharu Kelantan dan Kuala Terengganu.Empat belas tahun selepas itu, pada 19 Ogos 2008, PPKB mengadakan seminar untuk membincangkan Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang turut melibatkan pembangunan Kampung Baru.
DRAF PEMBANGUNAN MENYELURUH
Draf itu merangkumi aspek pembangunan menyeluruh Kampung Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memberikan taklimat sebanyak dua kali mengenai pelan yang khusus melibatkan kampung berkenaan kepada para pemilik tanah.Seminar itu bertujuan mempertingkat kefahaman penduduk Kampung Baru mengenai draf berkenaan dengan melibatkan beberapa pakar perancang bandar, arkitek, jurutera dan wakil syarikat pembanguan hartanah Bumiputera untuk meneliti dan membincangkan kesesuaian draf pembangunan itu dengan apa yang mereka kemukakan sebelum ini dengan kemajuan Kampung Baru selepas 1994.Seminar itu dihadiri seramai 100 anggota persatuan dan pemilik tanah Kampung Baru, kata Naib Yang Dipertua PPKB Dr Mohd Yusof Ismail yang membukukan laporan mengenai pandangan awam (penduduk Kampung Baru) tentang cadangan draf DBKL itu.Beliau berkata seminar itu merumuskan beberapa cadangan balas kepada draf asal DBKL yang membuka ruang bagi orang ramai memberikan cadangan, pandangan dan bantahan sehingga 31 Ogos 2008 mengenai pelan bandaraya 2020 itu sebelum proses pendengaran bantahan dan cadangan dimulakan DBKL dari September hingga Februari tahun ini.Dr Mohd Yusof dalam temu bualnya dengan Bernama, berkata pada prinsipnya persatuan itu tidak menolak secara langsung draf DBKL itu tetapi berpendapat ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaik."Saya melihat dari aspek perancangan keseluruhan Kampung Baru yang perlu diperhalus dan dibincangkan lagi terutama dari segi pembahagian zon pembangunan," katanya.Antara bantahan utama mereka ialah pengambilan balik tanah melalui pembangunan semula berintegrasi.
TIDAK PUAS HATI DENGAN CADANGAN DBKL
"Kami tidak bersetuju, kerana bagi kami strategi pengambilan balik tanah adalah cara terakhir yang patut dilakukan dan DBKL harus berperanan sebagai pentadbir dan bukan pelaksana pembangunan Kampung Baru," katanya.Mereka juga tidak puas hati apabila pelan pembangunan itu dilihat tidak memberi fokus kepada aspek mengekalkan warisan Kampung Baru seperti Masjid Kampung Baru dan Pasar Minggu dalam cadangan reka bentuk bangunan yang pada pendapat mereka tidak menyerapkan identiti Melayu.Seminar itu juga merasakan cadangan zon pembangunan mengikut komponen jalan di Kampung Baru seperti "Corporate Street","Autocity Mall" dan sebagainya hanya akan menguntungkan sebahagian kecil pemilik tanah, maka DBKL diharapkan dapat membangunkan setiap jalan berselang seli dengan kawasan perumahan bagi memastikan Kampung Baru kelak sebagai kawasan yang tidak "tidur" di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur."Kami tidak mahu ada zon yang akan hidup sampai tengah malam tetapi di satu zon Kampung Baru lagi akan bergelap kerana ia merupakan kawasan kediaman," katanya.Dr Mohd Yusof berkata peserta seminar itu juga membangkitkan mengenai harga hartanah yang rendah yang memungkinkan pengambilan tanah bagi mereka yang bersetuju akan pada kadar yang murah.Wakil DBKL, Pengarah Jabatan Pelan Induk DBKL Zainab Mohd Ghazali turut dijemput menerangkan mengenai draf Kuala Lumpur 2020 yang khusus melibatkan Kampung Baru.Dr Mohd Yusof yang pernah memegang beberapa jawatan kanan awam seperti timbalan ketua setiausaha Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos, pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan ketua pengarah Unit Penyelidikan Sosio Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, turut membentangkan kertas kerja pada seminar itu.Beliau mencadangkan agar Kampung Baru dinamakan Kampung Baru City Centre sesuai dengan kedudukannya berhampiran KLCC dan sesuai dengan nama itu, perlu diwujudkan pula laluan korporat yang merangkumi beberapa jalan di Kampung Baru, diperbanyak kawasan perdagangan, pembangunan bercampur kediaman dan perdagangan.Turut dicadangkan beliau ialah harga tanah di Kampung Baru diasaskan kepada kes penjualan pada tahun 2006 dan 2007 di kawasan di dalam dan di sekitar Kampung Baru yang boleh mencapai sehingga RM1,000-RM2,000 sekaki persegi.
CADANGAN PUSAT WARISAN MELAYU DI KAMPUNG BARU
Arkitek Mariyah Pit pula mencadangkan supaya sebuah pusat Warisan Melayu diwujudkan di Kampung Baru dengan berfokuskan kawasan sekitar Masjid Kampung Baru dibangunkan sebagai sebuah taman seperti Regent's Park Mosque di London.Pasar Minggu dijadikan seperti Pasar Chatuchak (Bangkok) dan Pasar Chow Kit dijadikan sebagai sebahagian daripada Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi pasar seni.Semua ini dicadang dibangunkan mengikut sasaran masa seperti pelan pembangunan lima tahun Kampung Baru dan sebagainya.Bekas naib canselor Universiti Selangor Datuk Dr Mohd Razali Agus dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Yazid Saleh mencadangkan : - Kampung Baru dibangunkan oleh GLC dan dipantau Jabatan Perdana Menteri dengan modal pembangunan sekurang-kurangnya RM10 bilion.Pemilik tanah yang bersetuju menyerahkan tanah kepada GLC untuk dibangunkan, dijamin mendapat sekurang-kurangnya satu unit kediaman atau unit perniagaan, mendapat pampasan dan elaun kesukaran.Resolusi seminar itu dikemukakan dalam bentuk pandangan awam terhadap Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 kepada DBKL.
-- BERNAMA

KAMPUNG BARU : TUMPUAN WARGA KOTA KUALA LUMPUR... bhg 4

Oleh Rohana Mustaffa
Bahagian 4 daripada 6 siri rencana Kampung Baru
KUALA LUMPUR, 1 Feb (BERNAMA) -- "You nak buat kondo di slum area?"Begitulah reaksi awal yang agak mengejutkan daripada kenalan Datuk Abdul Rahim Mohd Ibrahim, seorang pemaju hartanah, mengenai cadangannya membina kondominium mewah di Kampung Baru Kuala Lumpur.Beliau tidak menyangka perkataan slum yang bermakna setinggan terucap oleh kenalannya mengenai Kampung Baru.Akhirnya setelah mengatasi segala rintangan termasuklah kepungan fakulti minda, beliau berjaya membangunkan Plaza RAH, satu-satunya kondominium mewah di Jalan Raja Abdullah yang merupakan struktur tunggal kediaman paling tinggi di kampung ini.Kemunculan plaza berkenaan sebagai mercu tanda baru perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar raya metropolitan Kuala Lumpur ini menghakis segala tanggapan bahawa Kampung Baru tidak boleh dimajukan atau tidak boleh berubah wajah disebabkan pelbagai masalah usang yang kompleks.Kenalan Abdul Rahim menyamakan Kampung Baru dengan Bronx, sebuah petempatan majoriti bukan kulit putih Amerika di utara New York dan "mereka tidak yakin unit-unit kondo ini boleh terjual," katanya.Kini, mereka mungkin boleh gigit jari kerana kondominium itu laris macam pisang goreng!Umum mengetahui Kampung Baru bukanlah kawasan setinggan, kerana ia petempatan khusus bagi orang Melayu yang wujud pada tahun 1899 dan dikenali sebagai Malay Agriculture Settlement (Petempatan/Tanah Pertanian Melayu).Walaupun pembangunan tidak begitu rancak di kampung ini, namun ia tetap menjadi tumpuan warga kota, terutama untuk menjamu selera kerana dikatakan lubuk segala lubuk kepada makanan dan minuman.
PUSAT SEGALA JENIS MAKANAN
Biasanya agak sukar mencari tempat meletak kereta di tepi jalan Pasar Minggu Kampung Baru terutama pada waktu tengah hari dan malam.Deretan kereta mewah, kereta kecil dan motosikal sentiasa mengisi setiap ruang termasuk di Jalan Raja Muda Musa yang telah diperindah sebagai pusat tumpuan.Warga kota berbaris untuk membungkus atau memilih makanan juga sudah biasa dalam kalangan pengunjung -- yang berpakaian pejabat akan sebati dengan mereka yang hanya berkemeja T, berkain pelikat dan berketayap atau berselipar, beratur menunggu giliran di gerai nasi lemak, nasi bubur atau gerai yang menjual berpuluh-puluh jenis masakan pelbagai selera di sini.Pasar Minggu Kampung Baru yang terkenal dengan pintu gerbangnya bukan pasar ikan atau pasar hujung minggu, tetapi nadi aktiviti harian perniagaan makanan di kampung ini.Yang berkereta tidak semestinya berpakaian segak, yang berselipar tidak seharusnya penghuni rumah berhampiran, yang berkain pelikat tidak semestinya baru balik dari Masjid Jamek Kampung Baru.Tiada siapa yang memandang serong atau pelik terhadap mereka yang datang dengan kereta mewah atau yang berselipar jepun duduk berkongsi meja makan di sini.Di seluruh ceruk Kampung Baru sebenarnya tidak pernah sunyi dengan kunjungan orang ramai ke gerai-gerai makan, semata-mata untuk menikmati nasi lemak bungkus, sup/tom yam panas, kuih Melayu dan roti canai dengan secawan kopi atau teh tarik, tidak kira siang atau malam.Sekali sekala akan kelihatan anak muda menampal iklan bilik atau rumah kosong untuk disewa di pokok atau gerai makan berhampiran. Ada juga yang terdengar berbual menerusi telefon mencari rakan serumah atau rakan sewa sebilik.Daya penarik iklan mereka, ialah kalau bilik sewa itu di flat PKNS berusia lebih 30 tahun di Pasar Minggu, ia berdekatan dengan Stesen LRT, di belakang flat berkenaan.
RUMAH DAN BILIK SEWA DI KAMPUNG BARU SENTIASA LARIS
Menyewa di Kampung Baru, bagi pelajar universiti atau mereka yang baru bekerja, memang selesa -- rumah atau bilik boleh disewa beramai-ramai, tempat makan, masjid, bank, hospital dan pasar (Chow Kit), semuanya berdekatan.Tidak menghairankan sekiranya tuan rumah (yang kebanyakannya tinggal di luar Kampung Baru) tidak perlu bersusah payah menempah iklan di akhbar kerana penyewa yang ada boleh mencari sendiri rakan sebilik atau serumah mereka.Letak saja harga sewa untuk satu unit flat paling murah di sekitar RM850 maka pandailah penyewa berkongsi beramai-ramai mengisi ruang tiga bilik flat itu. Harga beli flat PKNS ini asalnya hanya sekitar RM28,000 tetapi kini nilainya melonjak lebih RM100 ribu.Di kawasan sekitarnya, tuan tanah membina khas rumah sewa beberapa pintu atau menyambung rumah kampung mereka menjadi deretan panjang untuk disewakan.Kata seorang penduduk, untuk mengutip sewaan sekurang-kurangnya berjumlah RM2,000 atau RM3,500 sebulan memang mudah di Kampung Baru.Sebab itu untuk menjimatkan ruang tanah, rumah sewa biasanya dibina rapat-rapat, menggunakan sepenuhnya kawasan tanah yang ada sehinggakan ada rumah yang bertembung pintu depannya dengan pintu dapur penyewa lain.Berebut kawasan parkir adalah perkara biasa kerana halaman yang dikongsi hanyalah sekangkang kera.Sebab itu juga di tepi jalan dan setiap lorong Kampung Baru akan ada saja kereta yang diletakkan penghuni rumah sewa ini.Disebabkan itu juga mungkin punca ada rumah sewa yang tidak pernah berubah wajah daripada bentuk asalnya. Ada rumah papan yang nampak uzur tetapi masih ada penyewa.Untuk mengubah suai, tuan rumah terasa rugi akan kehilangan wang sewa, sedangkan permintaan penyewa bertali arus.
BERJALAN KAKI AMALAN BIASA
Berjalan kaki di Kampung Baru juga selamat dan selesa, melalui celah-celah jalan, rumah dan bangunan yang ada. Kalau ada yang berkata orang Malaysia hanya berjalan jauh jika di London, mereka silap.Di Kampung Baru ada penduduk yang berbuat demikian, walau bertali leher atau berkemeja kemas sambil menyandang beg.Tidak ada siapa yang ambil pusing terhadap mereka ini kerana mereka berjalan kaki untuk ke Jalan Raja Muda Aziz yang ada bank dan pusat pameran kereta mewah, menuju ke belakang flat PKNS untuk menaiki LRT, ke Jalan Tun Razak untuk ke pejabat, ke perpustakaan atau hospital, ke persimpangan Jalan Raja Abdullah-Jalan Sultan Ismail untuk ke universiti dan ke Chow Kit untuk ke pasar dan membeli belah.Kemudahan yang berdekatan ini mengelilingi Kampung Baru yang terletak di tengah-tengah ibu kota.Kampung Baru bersempadankan Jalan Raja Muda Abdul Aziz di utara, Jalan Dang Wangi, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur dan Sungai Kelang di selatan, Jalan Tun Razak di timur dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (kawasan Chow Kit) di sebelah barat.Keunikan kedudukan dan suasana santai Kampung Baru inilah yang membuatkan orang mudah bernostalgia apabila bercakap mengenai rancangan untuk membangunkannya.Ada yang mahu suasana dan identiti Kampung Baru ini dikekalkan selama-lamanya begini, ada juga yang mahukan perubahan.Tetapi kalau dilihat pemandangan di sekelilingnya, Kampung Baru tidak seindah mana. Rumah Melayu tradisional yang masih dipelihara dan dikekalkan rupanya juga tidak banyak.Yang banyak kelihatan ialah rumah papan usang atau rumah sewa separuh batu yang bersambung-sambung, gerai makan dan kedai runcit di celah-celah bangunan yang berkilat cerminnya, yang menempatkan bank dan pejabat, lorong-lorong kecilnya sarat dengan bengkel kereta, kedai cat dan pertukangan, serta butik-butik kecil pakaian dan rawatan kecantikan.Ada juga penduduk Kampung Baru yang sememangnya menantikan pembangunan ini.
PENDUDUK SUDAH BERKORBAN, KINI NANTIKAN PEMBANGUNAN
Umpamanya beberapa keluarga di Kampung Periuk, yang sebahagian rumah mereka telah dikorbankan untuk pembinaan jalan dari sebuah kedai pizza di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang merentasi Jalan Dewan Sultan Sulaiman dan dijangka berakhir berdekatan dengan Menara Perkeso di Jalan Tun Razak.Ada rumah di situ sudah kehilangan bahagian dapur dan bilik airnya di belakang rumah, menyebabkan rumah mereka sudah tinggal sekerat, betul-betul berada di tepi jalan besar.Di Jalan Raja Bot, ada keluarga yang mendindingi kediaman mereka dengan kedai-kedai separuh papan dan separuh batu, yang menjalankan perniagaan VCD/DVD, ejen pelancongan, pejabat sekolah memandu dan menjual ubat tradisional dan jamu.Di belakang kedai-kedai itu, rumah pesaka yang ada, sudah uzur.Rumah-rumah papan itu disambung berangkai-rangkai dan rapat-rapat. Ada yang disewakan, dan ada yang diduduki anak atau saudara mara dan adik beradik, yang berkongsi hak sebidang tanah kecil ada yang tidak sampai 0.2 hektar.Yang duduk di situ berkongsi halaman yang tidak sebesar mana, berkongsi garaj kereta yang beratapkan zing yang penuh dengan besi buruk, bekas plastik petrol dan tayar terpakai, berkongsi tempat menjemur baju malah berkongsi longkang untuk mengalirkan sisa kotoran. Mantan menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad semasa melancarkan projek itu empat tahun lepas menyatakan harapan pembinaan kondominium itu, yang merupakan hasil usaha anak jati Kampung Baru dan di atas tanah milik sendiri, akan menjadi pencetus kepada usaha pembangunan seterusnya di Kampung Baru.Beliau juga berpesan bahawa walaupun ingin dimajukan, entiti Melayu yang menjadi kebanggaan di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur hendalah dipertahan selama-lamanya.
-- BERNAMA