26 Julai 2008

DBKL perlu berseminar dengan penduduk - Nadzri

23/07/2008 UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 22 Julai - Penduduk Kampung Baru meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan satu lagi seminar khas bagi menerangkan pembangunan kampung tersebut untuk memberi gambaran lebih jelas kepada penduduk.
Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu Kampung Baru (PPKPM), Mohd. Nadzri Abd. Hamid, 35, berkata, seminar tersebut perlu diadakan memandangkan penduduk masih lagi kabur dengan rancangan pembangunan yang terdapat di dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 Jilid 4: Kampung Baru.
Menurutnya, seminar tersebut hendaklah merangkumi penerangan tentang pembangunan keseluruhan Kampung Baru serta perbincangan mengenai masalah-masalah yang dihadapi penduduk.
"Taklimat yang diadakan pada hari ini dilihat tidak mencapai objektifnya apabila DBKL hanya menerangkan pembangunan tersebut secara keseluruhan serta menyebut beberapa akta yang membuatkan penduduk tidak senang duduk.
"Ini kerana, akta-akta berkenaan seolah-olah mahu mengambil tanah kami tanpa persetujuan.
"Justeru, saya amat berharap DBKL dapat mengadakan satu lagi seminar untuk penduduk Kampung Baru bagi memperjelaskan perancangan yang akan dilaksanakan oleh DBKL," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Taklimat Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 Jilid 4: Kampung Baru, di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.
Taklimat tersebut dianjurkan oleh DBKL dan dihadiri lebih 250 penduduk Kampung Baru yang terlibat dengan pembangunan yang akan dilaksanakan.
Taklimat yang berlangsung selama hampir empat jam itu turut menjadi 'panas' apabila sebahagian penduduk berkenaan tidak berpuas hati dengan perancangan draf pelan berkenaan.
Penduduk mendakwa, taklimat berkenaan hanya membuang masa mereka kerana mendengar penerangan DBKL yang sukar difahami memandangkan tiada rujukan yang diberikan.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Kampung Baru, Mohd. Yusuf Ismail berkata, sepatutnya penduduk perlu memahami dengan teliti tentang hasrat kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru bagi meningkatkan ekonomi penduduk.
Menurutnya, dia mencadangkan supaya seminar tersebut diadakan sekali lagi dan kali ini perlu disertai pakar-pakar khas untuk membincangkan tentang kawasan- kawasan pembangunan di kampung berkenaan.

Bangunkan Kampung Baru

23/07/2008 Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI UTUSAN MALAYSIA


KUALA LUMPUR 22 Julai - Seorang pakar hartanah hari ini mendakwa kerajaan berhak mengambil dan memajukan tanah di kawasan Kampung Baru bagi memperkasakan pembangunan ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Big Property Consultants Sdn. Bhd., Profesor Datuk Dr. Nik Mohd. Zain Nik Yusof berkata, ia dapat dilaksanakan dengan mengikut akta yang telah ditetapkan sekiranya penduduk tidak dapat memberi kerjasama kepada kerajaan untuk membangunkan kawasan itu.
Menurutnya, Akta Pengambilan Tanah 1960, Seksyen 3(1)(b) membolehkan mana-mana individu, syarikat atau perbadanan memohon kepada Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan untuk mengambil tanah tersebut sekiranya mereka penduduk Kampung Baru tidak mampu untuk membangunkan tanah itu.
Ujarnya, jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan di mana menteri diberi kuasa untuk mengambil tanah berkenaan.
Bagaimanapun, tegasnya, ia haruslah mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri.
"Penduduk Kampung Baru perlu mengambil tahu tentang akta ini memandangkan ia boleh digunakan untuk tanah persendirian seperti tanah mereka ini.
"Bagaimanapun, ia hanya akan digunakan sekiranya pembangunan yang akan dilaksanakan tidak dapat siap dalam tempoh yang telah ditetapkan.
"Walaupun begitu, penduduk Kampung Bharu tidak perlu bimbang kerana mereka tidak akan kehilangan nilai hak milik tanah tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Taklimat Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 Jilid 4: Kampung Baru di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.
Tambahnya, melalui akta tersebut kerajaan boleh mengadakan perundingan dengan pemilik tanah bagi tujuan pembayaran pampasan.
Ini kerana ujarnya, kerajaan tidak perlu membayar nilai tunai kepada penduduk tetapi boleh memberi pampasan secara penukaran kepada kebendaan atau hak milik yang lebih menguntungkan penduduk.
Terhad"Mengikut undang-undang terdahulu, tanah ini tidak boleh dijual kepada bukan Melayu, oleh yang demikian harga tanah ini akan dijual murah memandangkan ia akan dijual kepada kaum Melayu dan pasarannya terhad.
"Walaupun begitu, ia akan dijual mengikut harga pasaran dan pemilik tanah tidak perlu bimbang.
"Bagaimanapun, sekiranya pemilik tanah tidak bersetuju mereka boleh membuat rayuan di mahkamah tinggi," jelasnya.
Taklimat tersebut dianjurkan oleh DBKL bagi memberi maklumat kepada lebih 250 penduduk Kampung Baru tentang pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan berkenaan.
Taklimat yang berlangsung selama hampir empat jam itu turut menjadi 'panas' apabila sebahagian penduduk tidak berpuas hati dengan perancangan draf pelan berkenaan.
Bagaimanapun, kejadian tersebut dapat dikawal oleh beberapa penduduk termasuk Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Mohd. Ghazali yang menasihatkan agar penduduk mendengar taklimat yang dijalankan terlebih dahulu.
Keadaan kembali 'panas' apabila tiba sesi soal jawab apabila kebanyakan penduduk mengutarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap DBKL yang menjalankan pembangunan tanpa persetujuan penduduk berkenaan.
Sementara itu, Dr. Lo'Lo' berkata, Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 adalah inisiatif yang baik untuk pembangunan bandar raya Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, ujarnya, draf pelan tersebut hanyalah sekadar satu cadangan awal dan tidak semestinya akan dilaksanakan.
Justeru, tegasnya, sekiranya penduduk tidak berpuas hati dengan pelan tersebut, mereka boleh membuat bantahan kepada DBKL sebelum 31 Ogos ini.
"Sekiranya draf pelan ini tidak dilaksanakan, sampai bila-bila pun Kampung Baru tidak akan maju.
"Oleh itu, sekiranya penduduk membantah sebarang pelan tersebut, mereka perlu melakukannya secara bertulis dan bukannya bertikam lidah seperti ini.
"Bagaimanapun, DBKL juga perlu memberi jaminan bahawa projek-projek yang akan dijalankan ini tidak akan terbengkalai dan sekiranya berlaku masalah tersebut kerajaan perlu membela nasib penduduk berkenaan," tegasnya.

24 Julai 2008

Sentral: Warga Kampung Baru minta dialog sekali lagi

Oleh Khairunnisa Kamarudin, Berita Harian, khamis, 24 Julai 2008 m/s 42 (sentral)


khairunnisa@bharian.com.my




PENJELASAN: Razak (kiri) meluahkan pandangan beliau pada sesi soal jawab selepas pembentangan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 oleh Nur Azizi di Dewan DBKL, semalam. - Bernama


Syor letak buku DPBKL 2020 di lokasi tumpuan ramai

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Baru, di sini, meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan pertemuan semula dengan penduduk berhubung cadangan pembangunan di kawasan itu kerana pertemuan yang diadakan kelmarin masih belum menjawab banyak persoalan yang diajukan. Penduduk juga mendakwa mereka masih kabur dengan dengan penjelasan yang diberikan pada sesi taklimat Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (DPBKL 2020).


KUSYUK: Warga emas Kampung Baru yang hadir pada majlis pembentangan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020.


Timbalan Yang Dipertua Pasar Minggu Kampung Baru, Mohd Nazri Abdul Hamid, berkata penjelasan yang diberikan pada sesi taklimat itu tidak menyeluruh dan sukar difahami kebanyakan penduduk yang hadir. "Saya rasa DBKL harus mengadakan sesi seminar dan menyediakan penerangan terperinci mengenai pembangunan yang bakal dijalankan bagi mengelakkan kekeliruan seperti yang berlaku pada sesi ini.

"Apa yang penting, pegawai yang ada perlu menjawab soalan berkaitan isu pembangunan di kawasan kami dengan lebih mendalam. Sesi kali ini pada saya gagal mencapai objektifnya dalam menerangkan mengenai draf itu secara mendalam kepada mereka yang hadir," katanya.

Kira-kira 250 penduduk, penjaja dan peniaga di sekitar Kampung Baru menghadiri sesi itu yang dipengerusikan Timbalan Pengarah Jabatan Pelan Induk DBKL, Nur Azizi Mokhtar.

Sesi itu hangat dengan pelbagai soalan berkaitan isu pembangunan Kampung Baru kerana mereka yang hadir tidak berpuas hati dengan pengurusan DBKL yang disifatkan tidak mementingkan keperluan penduduk selain isu berkaitan harga tanah.

Selain itu mereka juga tidak berpuas hati dengan sesi soal jawab yang tidak memberikan penjelasan sepenuhnya kepada setiap soalan yang dikemukakan serta kegagalan DBKL menyediakan naskhah DPBKL 2020 secara percuma bagi tujuan rujukan. Penduduk, Razak Karim, 57 berkata, beliau berharap DBKL dapat menyediakan buku DPBKL 2020 untuk diletakkan di kawasan strategik seperti di balai raya bagi memudahkan penduduk memahami projek yang bakal dijalankan.

"Buku berkenaan sangat mahal dan DBKL sepatutnya memberikan naskhah percuma supaya penduduk dapat penjelasan terperinci mengenai sesuatu projek yang akan dijalankan. "Saya masih kabur dengan penjelasan yang diberikan DBKL dalam taklimat ini kerana kami tidak diberikan sebarang kertas kerja atau pelan seperti yang terkandung di dalam buku DPBKL 2020 itu," katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah Eksekutif BIG Property Consultant Sdn Bhd, jururunding yang dilantik bagi merangka pelan pembangunan Kampung Baru, Prof Datuk Nik Mohd Zain Nik Yusof, berkata masalah utama yang dihadapi dalam pembangunan Kampung Baru adalah mendapatkan persetujuan pemilik sekiranya tanah diambil menerusi kaedah biasa untuk dibangunkan. Katanya, sebagai contoh ada lot tanah yang mempunyai 90 penama dengan sembilan orang sudah meninggal dunia. "Kalau ikut cara biasa kita kena jumpa satu demi satu pemilik ini untuk dapatkan persetujuan termasuk waris kepada pemilik yang telah meninggal dunia," katanya.

Nik Mohd Zain berkata, sebagai langkah terakhir, pihak berkuasa mungkin terpaksa menggunakan Seksyen 3 (1) (d) Akta Pengambilan Tanah 1960 di mana mengikut akta itu, pihak berkuasa boleh mengambil-alih tanah tanpa persetujuan pemilik. "Mengikut akta itu, tanah yang diambil akan dibayar mengikut harga pasaran dan sekiranya pemilik tidak bersetuju kes boleh dirujuk ke Mahkamah Tinggi," katanya.

Nur Azizi bagaimanapun berkata, perkara itu sekadar cadangan daripada syarikat juru runding itu. Katanya, cadangan pembangunan yang terdapat pada draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 masih di peringkat bantahan awam dan orang ramai yang mempunyai pandangan atau bantahan masih boleh mengemukakannya secara bertulis kepada DBKL.

RAMAI PENAMA SUKAR USAHA BANGUNKAN KAMPUNG BARU

Laporan Akhbar Sinar Harian, 24 Julai 2008, m/s S2.

KUALA LUMPUR: Status tanah di Kampung Baru di sini yang mempunyai ramai penama menyukarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membangunkan kawasan itu mengikut kaedah biasa, kata seorang pegawai syarikat jururunding. Ketua Pengarah Eksekutif BIG Property Consultant Sdn Bhd. Prof Datuk Nik Mohd Zain Nik Yusof berkata, masalah utama yang dihadapi dalam Pembangunan Kampung Baru adalah untuk mendapatkan persetujuan pemilik sekiranya tanah diambilmenerusi kaedah biasauntuk dibangunkan.
"Sebagai contah, ada satu lot tanah yang mempunyai 90 penama dengan sembilan orang telah meninggal dunia. Kalau ikut cara biasa kita kena jumpa satu demi satu pemilik ini untuk mendapatkan persetujuan termasuk waris kepada pemilik yang telah meninggal dunia," katanay dalam majlis taklimat Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 mengenai Kampung Baru.

BIG Property Cunsultant merupakan syarikat jururunding yang dilantik bagi merangka pelan pembangunan Kampung Baru. Nik Mohd Zain berkata, kebanyakkan tanah di Kampung Barurata-rata mempunyai antara 8 dan 30 penama dan ini menyukarkan proses pengambilan tanah kerana urusan pembelian tanah perlu mendapat persetujuan semua pemilik. Beliau berkata, sebagai langkah terakhir, pihak berkuasa mungkin terpaksa menggunakan Seksyen 3(1) (d) Akta Pengambilan Tanah 1960 di mana mengikut akta itu, pihak berkuasa boleh mengambilalih tanah tanpa persetujuan pemilik.

Menurut akta itu, katanay, tanah yang diambil akan dibayar mengikut harga pasaran dan sekiranya pemilik tidak bersetuju kes boleh dirujuk ke Mahkamah Tinggi. Timbalan Pengarah Jabatan Pelan Induk DBKL, Norazizi Mokhtar bagaimanapun berkata, perkara itu sebagai cadangan daripada syarikat konsultant yang dilantik.

Beliau berkata, draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang turut merangkumi kampung Baru masih diperingkat bantahan awam dan orang ramai yang mempunyai sebarang pandangan atau bantahan berhubung draf berkenaan masih boleh lagi mengemukankannya secara bertulis kepada DBKL.- BERNAMA

"SEBUAH PERBADANAN YANG DIANGGOTAI PERSATUAN PENDUDUK DIWUJUDKAN UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU MEMANDANGKAN MEREKA LEBIH MEMAHAMI KEHENDAK PENDUDUK SETEMPAT:

- AHLI PARLIMEN TITIWANGSA, DR LO'LO' MOHD GHAZALI-

23 Julai 2008

DBKL CADANG GUNA AKTA JIKA PENDUDUK ENGGAN SERAH TANAH

Laporan Harian Metro, Rabu, 23 Julai 2008 m/s 2 colum setempat

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menggunakan Seksyen 3 (1) (B) Akta Pengambilan Tanah 1960, kerana terdapat sebahagian pemilik tanah di Kampung Baru di sini, mempunyai sehingga 90 penama di atas satu lot menyebabkan projek pembangunan yang dirancang sering tertangguh sehingga kini.

Bagaimanapun, cadangan itu belum diputuskan sehingga Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (DPBKL 2020) yang akan dilaksanakan mendapat persetujuan semua pihak. Timbalan Pengarah Jabatan Pelan Induk DBKL, Nurazizi Mokhtar, berkata perkara itu masih dalam peringkat cadangan daripada syarikat perunding yang dilantik pihak berkuasa tempatan itu (PBT) bagi memastikan projek pembangunan berjalan dengan lancar.

"DPBKL 2020 yang merangkumi Kampung Baru masih diperingkat bantahan awam dan orang ramai yang mempunyai sebarang pandangan atau bantahan berhubung draf berkenaan masih boleh mengemukakan secara bertulis kepada DBKL", katanya ketika memberi taklimat DPBKL 2020 Jilid 4 di sini, semalam. Turut hadir, Ahli Parlimen Ttiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali dan Ketua Pegawai Eksekutif BIG Property Consultans Sdn Bhd merangkap Perunding DBKL, Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof.

Nik Mohd Zain berkata, penduduk masih boleh mengemukakan bantahan dan cadangan bagi memastikan projek yang akan dilaksanakan memuaskan dan berjaya. "Kami yang dilantik DBKL mencadangkan untuk menggunakan Seksyen 3 (1) (B) Akta Pengambilan Tanah 1960 sekiranya penduduk enggan menyerahkan tanah mereka. Ini satu daripada cadangan sekjiranya cara lain tidak berjaya. "Ia tidak merugikan tuan tanah, malah menguntungkan mereka... kalau bayar tunai sekejap saja duit habis, kalau bagi dalam bentuk hartanah, ia boleh disimpan," katanya.

Beliau berkata, masalah utama yang dihadapi dalam pembangunan Kampung Baru adalah untuk mendapatkan persetujuan pemilik sekiranya tanah diambil mengikut kaedah biasa untuk membangunkan kawasan berkenaan. "Sebagai contoh, ada satu lot tanah yang sehingga 90 penama dengan sembilan orang sudah meninggal dunia. Kalau ikit cara biasa kita kena jumpa satu demi satu untuk mendapatkan persetujuan termasuk waris kepada pemilik yang meninggal dunia.

Setiausaha Persatuan Pembangunan Kampung Baru, Abdul Rahman Mohd Amin, berkata pihaknya tiada masalah dengan perancangan pembangunan Kampung Baru seperti yang terkandung dalam DPBKL 2020.
"Segala yang terkandung pada draf berkenaan hampir sama dengan apa yang pernah dikemukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebelum ini," katanya.

21 Julai 2008

LAPORAN KHAS

MESYUARAT KHAS CAWANGAN PASAR MINGGU

KEPADA:
AHLI JAWATANKUASA / AHLI UMNO CAWANGAN PASAR MINGGU

SATU MESYUARAT KHAS AKAN DIADAKAN PADA

TARIKH 23 JULAI 2008
TEMPAT : PENTAS PASAR MINGGU
MASA : 9.00 MALAM

KEHADIRAN TUAN DAN PUAN AMATLAH DIHARAPKAN BAGI MENJAYAKAN MESYUARAT KHAS TERSEBUT.

SUMBER MENDAKWA PADA 3 OGOS 2008 AKAN DIADAKAN MESYUARAT AGONG UMNO CAWANGAN PASAR MINGGU.

15 Julai 2008

TAKLIMAT BERSAMA PEGUAM

TAKLIMAT BERSAMA PEGUAM PPKPM MENGENAI STATUS PEMBANGUNAN SEMULA TAPAK PASAR MINGGU.

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Dengan segala hormatnya Tuan & Puan di jemput hadir bagi membincangkan mengenai status di atas pada :

Tarikh : 20 hb Julai 2008.
Tempat : Pentas Pasar Minggu, Kg. Baru, K.L.
Masa : 4.00 Petang .

Kehadiran Tuan & Puan, pemilik dan penyewa amatlah di harapkan.

12 Julai 2008

CERITA, SEJARAH, KISAH PASAR MINGGU KG. BARU

SATU ARTIKEL BERKAITAN PASAR MINGGU KELUAR DIAKHBAR TABLOID BERBAHASA INGLISH, THE CRITERIA, KOLUM FEATURE STORY, PAGE 16, ISSUE 4-10 JULY 2008.

THE HEART OF KAMPONG BARU IN THE HEART OF KL. PART 1

DAPATKAN ISSUE ANDA SEKARANG DI PASARAN.................. THE CRITERIA

09 Julai 2008

PUSAT PENJAJA SEMENTARA

DBKL SEWA TANAH SEDIA KEMUDAHAN DI KAMPUNG BARU

LAPORAN OLEH Sharifah Salwa Syed Akil
bhnews@bharian.com.my
Berita Harian Selasa 8 Julai 2008


KUALA LUMPUR: Sebuah pusat penjaja sementara akan dibina di Kampung baru untuk menempatkan peniaga Kampung Pasar Minggu, Kampung Baru sebelum projek pembangunan yang dicadangkan di kawasan itu siap dibina. Ketua Pengarah BDKL, Datuk Salleh Yusuf berkata, pihaknya menyewa sebidang tanah untuk pembinaan pusat penjaja semetara yang dijangka siap dalam tempoh terdekat ini. "Selain itu, mereka pada dasarnya bersetuju berpindah ke penempatan baru di PPR Seri Semarak dan serahkan pada mereka bila masa berpindah kesana. Sehingga kini unit kediaman masih kosong kerana dikhaskan untuk mereka," katanya selepas merasmikan sambutan 25 tahun penubuhan Masjid Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Bangsar.
Salleh berkata, pihaknya sudah berterus terang dengan peniaga terbabit dan kebanyakkanya memahami apa yang mahu disampaikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu. " Seperti yang kita tegaskan sebelum ini sebarang pembangunan kawasan mereka kita akan babitkan mereka semua. Apabila siap kelak, mereka akan diberi keutamaan samaada untuk membeli unit perniagaan atau kediaman ditapak asal.
"Jadi, sepatutnya mereka tidak bimbang mengenainya. Jika mereka tidak mempercayai kita (DBKL) siapa lagi yang boleh mereka percayai. Kita yang berjanji dan pastikan yang kita akan tunaikan," katanya. Semetara itu, pelbagai program diadakan sempena sambutan 25 tahun penubuhan masjid itu antaranya pembukaan gerai jualan termasuk pakaian, makanan dan barangan keperluan, pameran, pemeriksaan kesihatan percuma dan pemeriksaan rawatan Islam. Program sehari itu turut dimeriahkan pelbagai persembahan pentas seperti nasyid, berzanji, pertandingan azan selain gubahan bunga dan sepak takraw yang pastinya mendapat sambutan menggalakkan.
Pengerusi Masjid, Datuk Nik Farid Nik Mohammad Kamil berkata, selain acara berkenaan, pihaknya turut mengadakan aktiviti lain termasuk Majlis Makan Malam Kebajikan, Pertandingan golf dan forum perdana.

02 Julai 2008

PPKPM Perjuang Hak Peniaga

Laporan Sinar Harian (Rabu 2 julai 2008)
Oleh: Asmaliza Mansor

KAMPUNG BARU - Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) meminta agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan hak yang sewajarnya kepada Pemilik Kedai dan Gerai di Pasar Minggu Kampung Baru.

Menurut Yang Dipertua PPKPM, Dr. Hosni Hussen Md Saat, peniaga disitu tidak menyatakan bahawa tanah itu milik mereka, tetapi mereka telah diberikan pemilikan kedai dan gerai.
Justeru katanya, peniaga berhak mendapatkan hak mereka setelah lebih 20 tahun menunggu dan PPKPM juga sudah menghantar memorundum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 20 Jun lalu untuk beliau meneliti membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

"Sebelum ini kami telah diberikan notis oleh DBKL untuk mengosongkan premis perniagaan kerana pihak tersebut mendakwa tanah Pasar Minggu adalah miliknya, tetapi mengikut rekod masih masih menjadi milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
DBKL gagal mengemukankan sebarang bukti pembelian tanah yang didakwa telah berlaku pada tahun 1992," katanya ketika ditemui selepas Taklimat dan Bancian Pemilik Kedai dan Gerai Pasar Minggu yang diadakan Ahad lalu.

Dr. Hosni berkata PPKPM inginkan situasi menang-menang dan mereka bukan setinggan tetapi pemindahan Pekan Ahad, Jalan perkins serta mereka juga tidak menetang sebarang pembangunan yang ingin dijalankan oleh DBKL ke atas Pasar Minggu tersebut.

PPKPM juga telah melantik peguam dan menghantar writ saman menghalang DBKL melakukan sebarang tindakan terhadap Pasar Minggu Kampung Baru dan melaui perbincangan dengan Ketua Pengarah DBKL, peniaga yang telibat telah dijanjikan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada yang layak.

"Kami minta DBKL berikan keutamaan kepada peniaga asal dan diberikan penempatan perniagaan sementara serta dipindahkan semulka disini apabila pembangunan yang dirancang telah siap dengan kadar sewa yang istimewa kerana kami merupakan peniaga asal di pasar minggu ini," jukatnya.

Tambahnya, pasar minggu tersebut sangat terkenal sebagai "Malay Town" dan pemilik serta penyewa harus mempertahankan, memperjuang dan bertanggungjawab terhadap hak masing-masing.

Beliau berkata, taklimat yang diadakan adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada pemilik dan penyewa di pasar minggu itu mengenai kedudukan terkini pembangunannya. Katanya, selain daripada itu bancian pemilikan dan penduduk kedai dan gerai dilakukan untuk menyelesaikankan isu pemilikan Lot 25, Gerai Mara dan Gerai 100 tahun dan lain-lain serta menghantar senarai terkini yang lengkap kepada pihak DBKL.

"Saya berharap pemilik dan penyewa akan bersatu dan datang taklimat yang diadakan oleh persatuan pada setiap minggu supaya masalah ini akan segera diselesaikan," tegasnya.

27 Jun 2008

BANCIAN SEMULA PENIAGA PASAR MINGGU

KEPADA SEMUA PEMILIK @ WARIS KEDAI DAN LOT YANG TERDAPAT DI PASAR MINGGU DIMINTA HADIR UNTUK BANCIAN PEMILIK SEBENAR KEDAI DAN LOT YANG TERDAPAT DI PASAR MINGGU.

TARIKH: 29 JUN 2008 (HARI AHAD)
MASA : 4.00 PETANG
TEMPAT : PERKARANGAN PENTAS BUDAYA PASAR MINGGU.

KEGAGALAN PEMILIK @ WARIS UNTUK HADIR PADA MAJLIS TERSEBUT MUNGKIN AKAN MENIMBULKAN MASALAH TERHADAP STATUS KEDAI DAN LOT. BANCIAN INI ADALAH UNTUK MENENTUKAN PEMILIK SEBENAR KEDAI @ ATAU LOT DI PASAR MINGGU. KEDAI DAN LOT YANG TERLIBAT ADALAH KEDAI ASAL IAITU LOT 25, GERAI MARA DAN GERAI 100 TAHUN.

KEPADA AHLI YANG BELUM MENJELASKAN YURAN TAHUNAN ANDA DIMINTA UNTUK MEMBUAT PEMBANYARAN ADA HARI TERSEBUT. KERJASAMA SEMUA AHLI DIHARAP DAPAT MANINGKATKAN KELANCARAN PERSATUAN DALAM MEMBUAT SESUATU PROGRAM.

26 Jun 2008

BERAKHIR TEMPOH NOTIS YANG DIBERI OLEH DBKL



Notis yang diberi pada 24 mei berakhir pada 24 jun (30 hari)
Peniaga Pasar Minggu menanti kedatangan pihak DBKL pada 24,25 dan 26 jun yang menurut notis yang ditampal pada 24 mei berakhir pada 24 jun. Menurut notis itu DBKL akan merobohkan kawasan Yang dianggap "SETINGGAN" oleh pihak DBKL.
Pada 24 Jun Persatuan telah mengadakan perjumpaan dengan peniaga berkaitan dengan tindakan yang akan dilakukan oleh DBKL. Menurut Persatuan, mereka telah berjumpa dengan ketua Pengarah, tetapi tiada jaminan yang kukuh diberikan oleh pihak DBKL berkaitan Pasar Minggu. Pada Mesyuarat itu juga YDP menasihatkan peniaga supaya bersedia jika berlaku apa-apa tindakan DBKL.

25 Jun 2008

PEMBANGUNAN SEMULA PASAR MINGGU

KERAJAAN TELAH MELULUSKAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM100 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN SEMULA KAMPUNG BARU YANG TELAH DIUMUMKAN OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI PADA PETENGAHAN TAHUN 2007(15-07-2007). TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOP TELAH MENGUMUMKAN DI BAWAH RANCANCAN MALAYSIA KE 9 (RMK 9). KINI BELIAU TELAH BERTUKAR PORTFOLIO KE KEMENTERIAN PERTAHANAN SEBAGAI TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN.

ANTARA PROJEK YANG AKAN DILAKSANAKAN IALAH
1. Pembangunan semula tapak pasar minggu (RM20 juta);
2. Menaik taraf dan pengindahan Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Muda Musa (RM25 juta);
3. Membina dan mempertingkatkan rangkaian jalan raya yang menghubungkan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Razak (RM40 juta);
4. Pembangunan dan pengindahan kawasan sekitar Jalan Raja Bot dan Jalan Raja Hussein (RM7 juta); dan
5. Projek Rangkaian Pejalan Kaki Bersepadu (RM8.6 juta).

Menurut Abu Seman, bagi projek pembangunan tapak pasar minggu, ia mengandungi komponen seperti berikut:

* Dua blok pangsapuri 53 tingkat di atas podium empat tingkat.
* Bangunan dua blok pangsapuri dengan 735 unit kediaman.
* Bangunan empat tingkat podium mengandungi kedai, bazaar, ruang pejabat dan sebagainya.


adakah ini pelan yang dikatakan 2 blok 53 tingkat dalam draf pelan pembangunan kampung baru.

PERSOALANYA
NAMANYA PUN PEMBANGUNAN SEMULA (REDEVELOPMENT)
BERAPAKAH NILAI SEUNIT RUMAH YANG AKAN DIJUAL NANTI MUNGKIN RM 200K @ RM 300K @ RM 400K.
KOS PROJEK YANG TELAH DILULUSKAN UNTUK PEMBANGUNAN PASAR MINGGU IALAH RM 20 JUTA. ADAKAH INI MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA PENIAGA DAN PENDUDUK PASAR MINGGU....
SIAPA YANG UNTUNG DIATAS PROJEK INI. ORANG-ORANG PASAR MINGGU, DBKL, PEMAJU, KRONI, ..................................

24 Jun 2008

MESYUARAT

PERSATUAN PENIAGA DAN KEBAJIKAN PASAR MINGGU
____________________________________________



KEPADA :-

PARA PENDUDUK DAN PENIAGA PASAR MINGGU.

PERJUMPAAN DENGAN PERSATUAN PADA

HARI : 24-06-2008 (SELASA)
TEMPAT : PENTAS BUDAYA PASAR MINGGU
MASA : 9.00 MALAM

DIJEMPUT SEMUA HADIR.

SEKIAN TERIMA KASIH.

YANG MENJALANKAN TUGAS,

SETIAUSAHA KEHORMAT

...................................................


KEPUTUSAN TERHADAP TINDAKAN DBKL YANG INGIN MEROBOHKAN PASAR MINGGU AKAN DIKETAHUI PADA MALAM INI.

19 Jun 2008

DBKL MAHU BINA PUSAT PERNIAGAAN SEMENTARA

APA RASIONALNYA JIKA DBKL MEMBINA PUSAT PERNIAGAAN SEMENTARA UNTUK PENIAGA PASAR MINGGU. JIKA PUSAT INI TIDAK SEPERTI YANG DIHARAPKAN UNTUK MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA PENIAGA. ADAKAH TEMPAT YANG DISEDIAKAN AKAN MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA PENIAGA?? BAGAIMANA PULA DENGAN KOS SEWAAN, KEMUDAHAN PENGUNJUNG, TEMPAT LETAK KERETA DAN YANG PALING PENTING ADAKAH TEMPAT ITU STRATEGIK UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN.

SEMUA UMUM TAHU BAHAWA PADA PENGHUJUNG TAHUN LALU DBKL TELAH MEMINDAHKAN PENIAGA YANG BERNIAGA DIBAHU JALAN SEKITAR JALAN RAJA MUDA MUSA DAN JALAN RAJA ALANG DI MEDAN SELERA DAMAI JALAN BATU-BATA. BAGAIMANAKAH MEREKA BERNIAGA SEKARANG?? ADAKAH KESELURUHAN KEDAI TERSEBUT DIBUKA SEPERTI BIASA?? BAGAIMANA DENGAN PENGUNJUNG PULA?? SEPERTI YANG DIHARAPKAN??

SAYA ADA MENGUNJUNGI MEDAN DAMAI TERSEBUT. TAPI AMAT MENGECEWAKAN KERANA TIDAK RAMAI YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN. APAKAH INI YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK DBKL DALAM MEMBANTU RAKYAT UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI.

SUDAH BEBERAPA KALI ISU BERKAITAN KETIDAK PUASAN PENIAGA MEDAN DAMAI KELUAR DI AKHBAR. APAKAH DBKL JUGA INGIN MENJADIKAN PENIAGA PASAR MINGGU JUGA MENGALAMI NASIB YANG SAMA SEPERTI PENIAGA DI MEDAN SELERA DAMAI BATU-BATA.
BERSAMA RENUNGKANYA

IKUTI LAPORAN MALAYSIAKINI
http://www.malaysiakini.com/news/84704

JIKA PENIAGA DIPINDAHKAN ATAS DASAR PEMBANGUNAN ADAKAH PENDUDUK PERLU MEMBAYAR SEWA KEATAS RUMAH YANG DIDUDUKI?? TIADAKAH PAMPASAN YANG SETIMPAL UNTUK KAMI.
SEPATUTUNYA DBKL JUGA HARUS DATANG BERJUMPA PENIAGA DAN PENDUDUK PASAR MINGGU DI PASAR MINGGU KAMPUNG BARU UNTUK BERBINCANGKAN ISU INI.

18 Jun 2008

USAHAWAN TANI

Demi menyahut seruan kerajaan di bidang pertanian dan penternakan seorang pemuda O.M Rizal Bin Omar, 29 tahun tidak melepaskan peluang untuk menceburi bidang ini. Belia Pasar Minggu ini telah mengusahakan bidang ini hampir setahun. Mengusahakan tanah di Telok Gong, Klang, Selangor. Beliau yang juga Timb. Setiausaha Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu tekad mengusahakan penternakan kambing dan juga penanaman tebu. Kini beliau giat memasarkan tebu yang telah matang dan kambing. Akan datang beliau akan mengembangkan bidang ini dengan menternak lembu. Kini dalam proses penyediaan kandang lembu. Disamping itu juga beliau menanam serai, pisang dan lain-lain lagi tanaman



saudara O.M rizal @ robert




antara kambing - kambing pemeliharaan beliau




ladang tebu yang terletak disekeliling kandang kambing ini

sesiapa yang ingin mendapatkan tebu, kambing dan lembu untuk aqiqah atau korban boleh hubungi rizal @ robert di 012-3937959 @ 0122644921

10 Jun 2008

HARI INI DALAM SEJARAH


LEMBAGA PENTADBIR KAMPONG BHARU KUALA LUMPUR

Tarikh Siaran: 12.01.2000
Tarikh Peristiwa: 12.01.1900

Kampong Baru Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah kesibukan ibu kota adalah merupakan perkampungan Melayu yang telah lama diwujudkan. Penubuhannya banyak menceritakan tentang sejarah perjuangan orang-orang Melayu dari zaman penjajahan Inggeris sehinggalah zaman memperjuangkan kemerdekaan. Penubuhannya bermula pada hari ini apabila satu Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 20 bertarikh 12 Januari 1900 dikeluarkan mengenai `The Malay Agricultural Settlement' dan pada tarikh yang sama satu lembaga untuk mentadbirkannya dilantik.

Perlantikan Ahli Lembaga Malay Agricultural Settlement telah dibuat oleh Pemangku Resident British pada masa itu H. Conway Belfield. Lembaga ini dipengerusikan oleh Raja Muda, Naib Pengerusi D.G. Campbell dan ahli-ahli lain ialah J.H. M. Robinson, A. Hale dan Tamby Abdullah. Mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor tersebut, Lembaga Pentadbir ini adalah bertanggungjawab kepada Residen British bagi menguruskan pentadbiran Kampong Bharu yang luas kawasannya lebih kurang 89.63 Hekter. Luas kawasan ini kemudiannya telah dipinda kepada lebih kurang 89 hekter sahaja. Pindaan ini telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan No. 530 bertarikh pada 20 September 1901.

Di antara tugas-tugas Lembaga Pentadbir Kampong Bharu ini adalah:
1. Lembaga Pentadbir ini boleh membenarkan sesiapa saja yang berbangsa Melayu memohon untuk tinggal di Kampong Bharu. Luas kawasan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 0.8 hekter bagi tiap-tiap seorang pemohon.

2. Adalah hak Lembaga Pentadbir mengarahkan penduduk Kampong Bharu ini agar mengerjakan tanah mereka serta menjaganya terutama- nya dari segi kawalan kebersihan.

3. Lembaga Pentadbir berhak mengarahkan anak-anak penduduk Kampong Bharu belajar di sekolah-sekolah yang telah dipilih oleh Lembaga Penduduk yang engkar boleh diperintah pindah.

4. Penduduk yang ingin pindah dari Kampong Bharu ke tempat lain boleh memberikan lot tempat tinggalnya kepada orang lain dengan mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Pentadbir.
Oleh itu dengan tertubuhnya Lembaga Pentadbir Kampong Baru maka kawasan penempatan pertanian di Kuala Lumpur ini telah dapat dimajukan.

Skrip: SULASTERI ABD. HAMID
Sumber: Warta Kerajaan Selangor 1900
Hak Cipta Terpelihara
Arkib Negara Malaysia

09 Jun 2008

Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 Jilid 4: Kampong Bharu

DRAF PELAN BANDAR RAYA KUALA LUMPUR 2020 PADA 15 MEI 2008 (KHAMIS).

DRAF PELAN BANDAR RAYA KUALA LUMPUR 2020 JILID 4 : KAMPONG BHARU YANG SEPATUTNYA DILANCARKAN PADA 1 APRIL 2008. TERLEWAT SATU SETENGAH BULAN APABILA TIMB. PERDANA MENTERI MENGUMUMKAN PELAN PEMBANGUNAN AKAN DILANCARKAN PADA 1 APRIL SEMASA BELIAU BERKEMPEN UNTUK PRU 2008.
gambar A
gambar B
Pelan Perancangan yang akan dilaksanakan di Pasar Minggu meliputi dua blok bangunan (gambar b). Di bahagikan kepada beberapa presint untuk pembangunan kampong bharu, pasar minggu termasuk di dalam presint A.

07 Jun 2008

berita

PENDUDUK BERSEDIA SEKIRANYA DBKL DATANG PADA 25 ATAU 26 JUN UNTUK MEROBOHKAN PASAR MINGGU


Semalam (6-6-2008) Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu telah mengadakan mesyuarat berkaitan notis yang telah ditampal oleh DBKL yang mengangap Pasar Minggu Sebagai setinggan. DBKL tak tahukah bahawa terdapat sebuah tandas yang diselengarakan oleh Pihak DBKL sendiri. Adakah ini juga di gelar sebagai setinggan???? Apakah yangh telah berlaku didalam organisasi DBKL sebernarnya........ Tandas yang diselengara oleh DBKL di takrifkan sebagai setinggan dimana pekerja DBKL juga ditugaskan untuk menjaga tandas tersebut. Apa makna semua ini................ DBKL begitu naif kerana membuat keputusan membabi buta.................


Lot 25: Ke mahkamah jika rundingan gagal




Mesyuarat yang diadakan semalam


bertit lanjut...
http://www.malaysiakini.com/news/84134




tiga tuntutan peniaga pasar minggu
http://www.malaysiakini.com/news/84040


Perjumpaan dengan YB. Dr. lo' Lo Ahli Parlimen Titiwangsa






berita penuh
http://docpearl.blogspot.com/2008/06/perjumpaan-dengan-peniaga-pasar-malam.html

04 Jun 2008

PASAR MINGGU MELAKAR SEJARAH DI DUNIA MAYA

PASAR MINGGU MELAKAR SEJARAHNYA TERSENDIRI APABILA CERITA BERKAITAN PASAR MINGGU BERLEGAR-LEGAR DI DUNIA MAYA . JIKA SEBELUM INI SUKAR UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN PASAR MINGGU DAN SEJARAHNYA. TAPI KINI DENGAN MUDAH BOLEH DIDAPATI. SEBELUM PERISTIWA DBKL MENGHANTAR NOTIS DI PASAR MINGGU, SAYA SERING MENCARI DIDALAM EGEN CARI GOOGLE, YAHOO DAN SEBAGAINYA MEMANG TIADA GAMBARAN JELAS MENGENAI PASAR MINGGU. TAPI SEMUANYA TELAH BANYAK BERUBAH APABILA KES DBKL HALAU PENIAGA PASAR MINGGU. DAN JUGA TELAH DIWUJUDKAN BLOG UNTUK BERKAITAN PASAR MINGGU. INI ADALAH SATU PERKEMBANGAN YANG POSOTIF DAN MEMBINA. TERIMA KASIH KERANA MEREKA YANG BANYAK MENOLONG. KEPADA SAHABAT SEMASA DISEKOLAH DULU SAUDARA AMIN ISKANDAR TERIMA KASIH BANYAK........ DAN KEPADA MEREKA YANG MENYOKONG KAMI..

29 Mei 2008

BERITA BERKAITAN PASAR MINGGU

ARTIKEL BERKAITAN KELUHAN PENDUDUK.


Keluhan peniaga Kg Baru kepada DBKL

Pusat perniagaan terawal Melayu yang pernah dibangunkan semula dan dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 1967 bakal menyembah bumi selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis merobohkan kawasan itu.Notis bertarikh 20 Mei lalu memberikan tempoh 30 hari kepada peniaga-peniaga supaya berpindah dan mengosongkan bangunan yang mereka duduki.Menurut tinjauan Malaysiakini semalam, tindakan DBKL ini mendatangkan kerisauan kepada peniaga yang bertahun-tahun berniaga di Lot 25 Kampung Baru kerana tiada pampasan dan premis perniagaan baru dijanjikan.Menurut peniaga songkok Mariana Sutan Muda, 73, perbuatan dewan itu tidak berpatutan kerana mereka tidak dimaklumkan tapak baru untuk berniaga.

Katanya, notis merobohkan lot tersebut (foto kiri) - meliputi kawasan-kawasan pasar minggu, gerai Mara, pusat kebudayaan PKNS dan deretan gerai makanan di Jalan Raja Muda Musa - yang disampaikan beberapa hari lalu juga tidak menyatakan jaminan pampasan.“Mak cik tidak menghalang pembangunan namun perlulah ada caranya dan sesuai. Kalau nak pindahkan anak ayam pun mesti ada kandangnya. Di mana kami akan dipindahkan juga tidak dicakapnya. Kedai sementara juga tidak diberi,” katanya.“Kami bukan minta banyak pun tapi biarlah ada duit yang diberi. Risau bila kami sendiri tidak diberi tahu untuk ke mana.”Peniaga kemudahan sewa khemah Hamzah Abdul Hamid, 61, tawaran DBKL tidak mencukupi kerana tiada tapak untuk berniaga disediakan dan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak cukup untuk mereka sekeluarga.“Sudah kira-kira 40 tahun saya tinggal di Kampung Baru. Saya tidak menolak pembangunan namun biarlah kami diberikan pampasan dan diberikan tempat untuk berniaga. Kami juga mahukan hak untuk kembali berniaga di tempat ini apabila ia telah dibangunkan nanti. Mahu ada hitam dan putih,” katanya.
“Rumah PPR itu juga tidak cukup untuk kami sekeluarga. Di mana nak letak barang-barang ini jika kami berpindah di rumah PPR itu nanti. Tempat untuk kami berniaga juga tidak disediakan dan jika boleh biarlah tempat itu strategik.“Mula-mula DBKL menyuruh kami pergi mengambil kunci (rumah PPR) tapi kami tidak pergi kerana ikut persatuan. Ini kerana kedai untuk berniaga tidak dapat. Seperti banyak contoh yang berlaku," tambahnya.Seorang pemilik kedai jahit, 30-an, yang enggan dikenali, tidak menolak kemajuan yang ingin dibawa DBKL tetapi beliau mahu memastikan dapat berniaga semula di situ selepas projek pembangunan tersebut dijalankan. “Pembangunan itu elok supaya pelancong ramai datang. Dan seelok-eloknya peninggalan sejarah itu dikekalkan. “Seharusnya ada perjanjian yang munasabah, adanya ganti rugi. Rundingan sepatutnya dibuat oleh pihak DBKL dengan pihak peniaga untuk mendengar luahan hati, bukan dengan melakukan bancian semata-mata," katanya. "Kami bukan duduk di sini setahun dua tapi bertahun-tahun. Mesti ada hitam putih menyatakan hak kami untuk kembali berniaga di sini."

Peniaga kedai runcit bersebelahan tapak pasar minggu, Ahmad Saad, 50 (foto kiri), tidak berpuas hati dengan tindakan DBKL menghantar notis akan merobohkan premisnya di situ."Saya berniaga di sini selama 26 tahun. DBKL tidak sepatutnya buat begini. Ini tindakan tidak adil. DBKL sepatutnya berfikir dua kali sebelum tindakan diambil ke atas kami," tegasnya.Tambahnya, DBKL sepatutnya memberi tunjuk ajar tentang keusahawanan kepada penduduk dan bukannya bertindak merobohkan premis mereka.Fauzan Dawan, 49, yang menjual makanan di situ sejak 1987 berkata beliau merupakan generasi kedua yang telah mewarisi perniagaan ayahnya "berasa terhina dan teraniaya" dengan tindakan dewan bandaraya."Memang tidak adil, saya bukan pendatang haram. Saya anak Selangor. Saya ada hak terhadap Selangor," jelasnya kepada Malaysiakini, sambil mendakwa Lot 25 milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) tidak menolak pembangunan yang ingin dibuat oleh kerajaan.“(Kami) tidak menolak pembangunan tetapi apa caranya. Adakah ada jaminan untuk (kami) masuk semula ke sini (selepas dimajukan DBKL)," kata timbalan yang dipertuanya Mohamad Nadzri Abdul Hamid (foto kanan).Difahamkan PPKPM telah menyuarakan isu ini kepada ahli parlimen Titiwangsa, Datuk Lo' Lo' Mohamad Ghazali dalam pertemuan mereka kelmarin. "Kami hanya beri input tentang masalah ini kepada Datuk Lo' Lo'," jelas Mohamad Nadzri.Tambahnya, bagaimanapun ahli parlimen itu tidak menjamin dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi akan berusaha membawanya ke Dewan Rakyat.Mohamad Nadzri juga menyatakan PPKPM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap DBKL jika pencerobohan diteruskan."Ia melanggar hak asasi manusia dan mencerobohi premis perniagaan (kami)," katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/83501




Penduduk Pasar Minggu Kampung Baru dihalau
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14782&Itemid=28

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Penduduk dan peniaga Pasar Minggu Kampung Baru kini dikategorikan sebagai setinggan dan dihalau keluar.
Peliknya, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup pula mendakwa penduduk dan peniaga tersebut tidak akan dianak tirikan. Kenyataan Salleh itu disifatkan bercanggah dengan notis yang menghalau mereka dari kawasan itu.
"Apa kebenaran kata-kata beliau? Kami telahpun menerima notis supaya berpindah dari Pasar Minggu Kampung Baru," kata mereka dalam blog mereka.
Menurut notis berkenaan, mereka tidak akan diberi sebarang ganti rugi atau tempat gantian.
"Ini adalah notis yang bersifat keras ke atas penduduk. Ke mana kami akan pergi?" tanya mereka.
Walaupun Pasar Minggu Kampung Baru satu ketika dahulu menjadi tarikan pelancong, tetapi selepas itu "tiada pihak yang berwajib mengambil kisah di Pasar Minggu dan dipandang sepi".
"Tapi kini bila pembangunan mahu dilaksanakan, penduduk diketepikan atas dasar setinggan," kata penduduk dalam blog mereka.
Sebelum ini, Persatuan Peniaga dan kebajikan Pasar Minggu Kampung Baru mempersoalkan: "Mengapa kami dikategorikan sebagai setinggan dan diarah keluar?"
Mereka menerima notis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengosongkan dan berpindah dari kawasan tersebut pada 8 Mei lalu.
Sebuah akhbar harian melaporkan, seorang penduduk, Mohd Isa Said, 54 memberitahu, sebelum ini peniaga-peniaga Kampung Baru sering diberikan surat tawaran projek perumahan PPR Air Panas, tetapi pada 8 Mei 2008 lalu, notis pembersihan setinggan pula yang diberikan kepada mereka.
"Kalau betul tanah ini didakwa milik DBKL sedangkan semakan dan carian yang kami buat di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan masih di bawah PKNS. Bagaimaana dakwaan DBKL?" soal beliau.
Jumaat lalu, ahli-ahli persatuan tersebut mengadakan piket (gambar) sebagai tanda protes tindakan DBKL yang mengelar mereka sebagai 'setinggan' serta meminta penjelasan sekiranya pembangunan dijalankan di situ._



Lo' Lo' beri perhatian terhadap nasib peniaga Kampung Baru

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Perihal nasib peniaga di pasar Kampung Baru yang tidak berkesudahan sebelum ini mendapat perhatian Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa).

Menurutnya, para peniaga pasar minggu Kampung Baru itu telah mula menjalankan perniagaan di Jalan Pekin yang kini dikenali sebagai Jalan Raja Alang sejak tahun 1960-an telah dipindahkan ke tapak pasar malam Kampung Baru yang pada ketika itu ditadbir oleh Malaysian Agriculture Settlement (MAS).
"Malangnya, pada tahun 1990-an yang lalu, pasar tersebut mengalami kebakaran secara besar-besaran dan ia tidak dibangunkan semula menyebabkan peniaga tidak boleh berniaga di pasar tersebut," ujarnya selepas ditemui Harakahdaily di Lobi Parlimen sempena sidang dewan rakyat hari ini.
Jelasnya, hal demikian mengakibatkan mereka terpaksa menjalankan aktiviti perniagaan di bahu-bahu jalan kerana tiada sesiapa yang mahu masuk ke dalam pasar tersebut.
Pada masa sama ujarnya, terdapat sebahagian daripada pemilik asal tapak perniagaan di pasar tersebut juga telah menyewakan premis perniagaan mereka kepada pendatang asing.
"Saya dimaklumkan bahwa tapak pasar di sana adalah di bawah kelolaan PKNS walaupun sebelum ini peniaga tidak membayar cukai atau yuran kepada PKNS," katanya.
Walau bagaimanapun ujarnya lagi, peniaga ini tidak memiliki 'legal document' kerana kelemahan pentadbiran pihak PKNS terdahulu dalam menguruskan masalah ini.
"Peniaga-peniaga ini juga tidak mengambil berat mengenai hak-hak mereka dalam isu pemilikan tapak perniagaan di pasar Kampung Baru," ujarnya lagi.
Lo' Lo' yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat telah dimaklumkan bahawa PKNS telah menjual pemilikan pasar tersebut kepada DBKL.
"Jadi, DBKL telah menganggap tapak pasar itu sebagai hak milik mereka," katanya lagi.
Apatah lagi katanya apabila pemilik asal premis perniagaan tersebut tidak berusaha untuk diberi pengesahan terhadap pemilikan tanah tersebut selama ini.
"Setelah menjalani pemeriksaan di Pejabat Tanah, saya mendapati tapak pasar tersebut masih berada di bawah hak milik PKNS meskipun ia telah dijual kepada DBKL.
"Sampai sekarang saya tidak dapat berjumpa dengan ketua Pengarah DBKL tetapi hanya dapat bertemu dengan Menteri Besar Selangor yang berminat untuk membantu menyelesaikan masalah ini," ujarnya lagi. - mns_

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14807&Itemid=28

Lo' Lo' beri perhatian terhadap nasib peniaga Kampung Baru
http://docpearl.blogspot.com/2008/05/lo-lo-beri-perhatian-terhadap-nasib.html

PENJELASAN DATUK BANDAR

Berhubung status pemilikan tanah di Lot 25 Kampung Baru yang didakwa peniaga masih dipegang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), datuk bandar berkata DBKL telah membeli tanah itu sejak lebih 20 tahun lepas.
"DBKL telah membeli tanah di situ (Lot 25) daripada PKNS pada tahun 1986 dan proses pertukaran nama sudah selesai," katanya.Ab Hakim berkata proses pertukaran nama sudah selasai tetapi ia memakan masa yang lama, antaranya kerana banyak kaveat.
"Memang kalau ditengok (pada daftar carian tanah) memang tidak ada nama DBKL, tetapi proses itu sudah ada. Dari segi perjanjian sudah ada dah," katanya lagi.

Apa yang Dikatakan Oleh Datuk Bandar Adalah Berbeza dengan apa kenyataan oleh Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusof. ??

BERITA PENUH
http://www.malaysiakini.com/news/83584

DBKL semak penduduk Abdullah Hukum

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengkaji status 86 penduduk Kampung Abdullah Hukum sebelum menawarkan 103 unit apartmen di kawasan tersebut, kata datuk bandar Datuk Ab Hakim Borhan hari ini.DBKL belum meluluskan permohonan penduduk kerana sedang meneliti syarat-syarat dan kelayakan untuk memasuki kediaman itu."Ia (kelulusan itu) berdasarkan status dan kelayakan iaitu ada rumah di tapak tanah berkenaan dan buktikan pernah duduk di situ, tak boleh (setakat) mendakwa 'saya pernah duduk di situ'. Kena ada tunjukkan bukti pernah duduk di situ," kata Ab Hakim di sesi dialog datuk bandar dengan media hari ini."Saya rasa bagi orang yang kata, (mereka) dulu-dulu pernah duduk di situ, (jika mereka) tidak ada bukti, tidak dapatlah. Saya rasa mereka ini tergolong dalam kategori ketiga, yang disokong oleh penduduk di situ." Beliau juga menjelaskan, proses ini memakan masa yang panjang kerana DBKL harus membuat soal selidik dan merujuk status pemohon kepada pemimpin masyarakat di situ.Menurut maklumat dewan bandaraya, daripada 79 penduduk yang memohon dalam kategori tiga, yakni penduduk asal yang ingin membeli unit apartmen tersebut, hanya 19 orang dianggap layak. DBKL juga sedang menimbangkan 46 rayuan untuk membeli unit tersebut dan keputusan akan dibuat selepas tawaran kepada mereka yang layak dalam kategori tiga.

Berhubung status pemilikan tanah di Lot 25 Kampung Baru yang didakwa peniaga masih dipegang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), datuk bandar berkata DBKL telah membeli tanah itu sejak lebih 20 tahun lepas. "DBKL telah membeli tanah di situ (Lot 25) daripada PKNS pada tahun 1986 dan proses pertukaran nama sudah selesai," katanya.Ab Hakim berkata proses pertukaran nama sudah selasai tetapi ia memakan masa yang lama, antaranya kerana banyak kaveat."Memang kalau ditengok (pada daftar carian tanah) memang tidak ada nama DBKL, tetapi proses itu sudah ada. Dari segi perjanjian sudah ada dah," katanya lagi.

Mengulas perobohan gerai penjaja di Taman Desa Setapak, seorang pegawai DBKL yang hadir sesi dialog itu berkata, gerai itu dimiliki penjaja yang tidak berlesen.Ditanya rayuan peniaga agar dewan bandaraya menangguhkan perobohan tersebut, Ab Hakim berkata: "Kita sudah bagi notis sejak tahun 2001, cukup."


ULASAN

20 TAHUN BELI TANAH - KENAPA SELEPAS 20 TAHUN BARU NAK DIBANGUNKAN PASAR MINGGU????
INI ADALAH BERCANGGAH DENGAN APA KATA KETUA PENGARAH DBKL DATUK SALLEH YUSOP SEBELUM INI - MULA-MULA 5 TAHUN LEPAS TU 20 TAHUN PULA. APA KES NI....
1986 PROSES TUKAR NAMA SELESAI - JIKA TUKAR NAMA DAH SELESAI MENGAPA MASIH LAGI NAMA PKNS.
KERANA BANYAK KAVEAT- DALAM LIST PENCARIAN ADA SATU SAHAJA KAVEAT DAN SATU LAGI BARU DIMASUKKAN PERSATUAN.
INI MENIMBULKAN BANYAK PERSOALAN?????????? DATUK BANDAR CERITA LAIN......... KETUA PENGARAH CERITA LAIN...... MENGARUT.........SIAPA PUNYA CERITA YANG BETUL?????????

TAPI APA YANG PASTI, PASAR MINGGU ADALAH SETINGGAN DI MATA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

KENAPA DATUK BANDAR INI BEGITU NAIF SEKALI. BUKANKAH BELIAU PERNAH DATANG KE PASAR MINGGU SEMASA PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA PADA PENGHUJUNG TAHUN 2006 (TAKKAN DAH LUPA KOT) BERSAMA AHLI PARLIMEN TITIWANGSA DATUK ASTAMAN ABDUL AZIZ. SEMPAT JUGA BELIAU MEMBERI UCAPAN KEPADA PENDUDUK.



27 Mei 2008

BERCANGGAH

DBKL PUTARBELIT

PENGARAH DBKL DATUK SALLEH YUSUP DALAM LAPORAN AKBAR HARIAN SEMALAM (26 MEI) BERKATA PENDUDUK TIDAK AKAN DI ANAK TIRIKAN ADALAH BERCANGGAH DENGAN NOTIS YANG MENGHALAU KAMI DARI PASAR MINGGU. APAKAH KEBENARAN KATA-KATA BELIAU?????. KAMI TELAH PUN MENERIMA NOTIS SUPAYA BERPINDAH DARI PASAR MINGGU KAMPUNG BARU. MENURUT NOTIS BERKENAAN BAHAWA KAMI TIDAK AKAN DIBERI SEBARANG GANTIRUGI/ TEMPAT GANTIAN. INI ADALAH NOTIS YANG BERSIFAT KERAS KEATAS PENDUDUK. KEMANA KAMI AKAN PERGI. BEGINIKAH NASIB KAMI YANG SELAMA INI BERSAMA-SAMA MENGEMBLING TENAGA DI DALAM MENGHADAPI KEHIDUPAN DI IBUKOTA.
TIDAK DINAFIKAN BAHAWA PASAR MINGGU ATAU SUATU KETIKA DULU DIKENALI SEBAGAI SUNDAY MARKET JUGA ADALAH DAYA TARIKAN PADA PELANCONG DIDALAM DAN LUAR NEGARA. TETAPI INILAH REALITI PASAR MINGGU YANG BOLEH DIKATAKAN TERTINGGAL SELEPAS MENGALAMI KEMEROSOTAN PERNIAGAAN. TIADA PIHAK YANG BERWAJIB MENGAMBIL KISAH DI PASAR MINGGU DAN DIPANDANG SEPI.

SEHINGGALAH KAWASAN DI SEKELILING KAMPUNG BARU MEMBANGUN DENGAN PESAT DAN BERKEMBANG, PASAR MINGGU MENJADI TEMPIAS DEK KEPESATAN INI. SEBENARNYA PASAR MINGGU ITU SENDIRI SUDAH BEBERAPA KALI PELBAGAI PIHAK MAHU MEMBANGUKAN PASAR MINGGU. SEJAK DARI TAHUN AWAL 90AN SEHINGGA KITA MENCAPAI ZAMAN MILENIUM PASAR MINGGU MASIH DI LAGI MENUNGGU PEMBANGUNAN. TAPI KINI BILA PEMBANGUNAN MAHU DILAKSANAKAN PENDUDUK DIKETEPIKAN ATAS DASAR SETINGGAN.


TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ, PERDANA MENTERI PERTAMA ADALAH PERASMI SETINGGAN PASAR MINGGU YANG BERNILAI $550,000.00.

26 Mei 2008

MAKLUM BALAS DBKL

LAPORAN BEBERAPA AKHBAR TEMPATAN
HARIA METRO, ISNIN, 26 MEI 2008, M/S 18

PENDUDUK KAMPUNG BARU TIDAK AKAN DIANAK TIRI

KUALA LUMPUR- "Saya tidak mahu Kampung Baru Berkeadaan macam dulu lagi... terbakar dan apa-apa lagi. Sebab itu kami ambil keputusan nak bangunkan tempat ini, jadi penduduk kenalah faham", kata Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusuf*.
Beliau mengulas rancangan pembangunan Kampung Baru di sini, khusus Kampung Pasar Minggu* yang sebelum ini itdak begitu 'merestui' penduduk tempatan berikutan dianggap mengambilhak mereka dan dipinggirkan.
Menurutnya, pembangunan berperingkat dirancang kerajaan di kampung berkenaan bukan tujuan menghapuskan penduduk yang sudah menetap lama, sebaliknya memberi keselesaan dan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
"Kalau kami bangunkan tempat ini, kami akan bawa mereka sendiri, tidak perlu risau, malah mereka akan diberi keutamaan untuk berniaga di premis yang lebih elok dan moden tetapi dengan syarat mesti berkelayakkan* termasuk warganegara tempatan.
"Saya beri jaminan* penduduk tidak akan tertinggal kerana pembangunan yang kita bawakan ini adalah 'pembangunan campuran' dengan terdapat kawasan perniagaan, pusat pelancongan dan kebudayaan serta kediaman utama dalam bandar," katanya.

ulasan ****

1. Datuk Salleh Yusuf- adakah anda betul-betul mengenali keadaan sebenar pasar
minggu??????????
2. Dengan Syarat Mesti Berkelayakkan- Penduduk Pasar Minggu bukan jutawan. Jika
dibangunkan dengan keadaan termoden dan tercanggih seperti PNB Darby Park atau setaraf dengannya adakah penduduk Pasar Minggu Berkelayakkan untuk memiliki sebuah premis. Fikirlah sendiri.....
3. Saya Beri Jaminan - Jika Datuk Salleh Yusuf di tukar/pencen adakah jaminan bagi
kami lagi.

KOSMO ISNIN 26 MEI 2008 M/S 13
OLEH SHAWKATH AZDE



TANAH ITU MILIK DBKL - KETUA PENGARAH

KUALA LUMPUR- Pembangunan semula ditapak perniagaan Pasar Minggu Kg. Baru akan dilaksanakan dengan memberi keutamaan kepada peniaga di situ.
Pembangunan seperti kompleks perniagaan yang lebih selesa, premis bersifat kebudayaan dan projek pembangunan perumahan dijangka akan meningkatkan serta memajukan corak perniagaan berbanding sekarang.
Menurut Ketua pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup, papmpasan berupa kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR)* turut ditawarkan kepada peniaga kawasan yang terlibat.
"Pampasan berjumlah RM1000.00* juga akan diberikan kepada mereka yang layak setelah mereka memenuhi kateria-kateria yang ditetapkan,". Katanya selepas Majlis Perbarisan Pelantikan Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Kuala Lumpur disini semalam.
Salleh juga memaklumkan bahawa DBKL membeli tanah itu tanah dikawasan Kg. Baru sejak lima tahun lalu dan pembayaran berkenaan tanah itu juga telah dijelaskan.
"Itu tanah DBKL punya. Dah bayar pun. Tanah yang didakwa bawah nama Perbadanan Kemajuan Negari Selangor ada di kawasan belakang*. kita tidak mengambil tanah itu," katanya.
Katanya, tanah berkenaan masih dalam proses penukaran nama dan itu adalah perkara kecil yang tidak perlu dipanjangkan berbanding dengan pembangunan yang akan memberi manfaat kepada kepada golongan peniaga terlibat.
"Kita telah mengadakan perbincangan beberapa kali dan Persatuan Peniaga Dan Kebajikan Pasar Minggu Kampung Baru sendiri sudah memahaminya. Kenapa perlu cakap lain sekarang?
"Apa yang perlu mereka buat ialah mengambil kunci dan berpindah supaya pembangunan dapat dijalankan untuk manfaat semua pihak,"katanya.

ulasan****

1. Pembangunan semula tapak pasar minggu - nama pun pembangunan semula, kalau bangunkan semula, kenapa kami dipinggirkan. Apa masalah DBKL dengan penduduk????????
2. Projek Perumahan Rakyat - Jika rakyat mahukan rumah DBKL mereka boleh
memohon kerana ini polisi DBKL dan pampasan perumahan juga harus diberi
jika ada pemindahan.
3. Pampasan berjumlah RM1000.00 - jika ini sahaja pampasan yang kami terima,
bagaimana kami nak meneruskan kehidupan dan dimana kami hendak
menjalankan perniagaan!!!!!!!!!!!.
4. lima tahun - Kenapa perlu lima tahun untuk proses tukar nama ( tak ada orang
buat kerja ke) ??????????
5. tanah DBKL depan, tanah PKNS belakang - Apa yang ketua pengarah ni
mengarut!!!!!!!! tanah pasar minggu bukanya besar pun. depan lain, belakang
lain, apa pembangunan nak buat????.
6. Kenapa perlu cakap lain sekarang? - siapa yang lain cakap sekarang. Apa keputusan perbincang itu? Penduduk pun nak tau keputusanya juga. Kenapa cuba berdolak dalih sekarang...... kenapa setiap kali perbincangan diadakan penduduk yang harus pergi ke DBKL, tak boleh ke pegawai DBKL datang ke pasar minggu dan berbincang, kan pasar minggu ada pentas budaya dah lupa ke????????
bukan jauhpun Pasar Minggu Hanya depan mata sahaja........

24 Mei 2008

DBKL TIDAK PROFESIONAL ???????????? MELAMPAU... BIADAP..............


notis yang dihantar 8 mei 2008




notis yang dihantar 24 mei 2008

INILAH SEBENARNYA WAJAH DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR.


SEJAK AKHIR-AKHIR INI KITA SERING MENDENGAR PELBAGAI RINTIHAN PENDUDUK DI MERATA TEMPAT BERKAITAN TINDAKAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR........

DBKL SUNGGUH BIADAP!!!!!!! PENDUDUK PASAR MINGGU DIHALAU BEGITU SAHAJA

HARI INI 24 MEI 2008 SABTU, LEBIH KURANG 11.20 PAGI SEKUMPULAN PASUKAN PENGUATKUASA DBKL DATANG KE PASAR MINGGU DAN MENAMPAL NOTIS SUPAYA PENDUDUK BERPINDAH

RUJUK PERENGAN KETIGA MENGIKUT NOTIS YANG DI TAMPAL, AYATNYA BEGINI...

3. Segala perbelanjaan pemindahan adalah di atas tanggungjawab tuan/puan sendiri. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak akan memberi sebarang gantirugi/tempat gantaian.

INI BUKANLAH KESALAHAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR, TETAPI KEBIADAPAN ORANG YANG MEMBUAT KEPUTUSAN INI.

BEGINIKAH KAMI DILAYAN OLEH DBKL YANG BIADAP. SUDAHLAH MENGELAR KAMI SEBAGAI SETINGGAN DAN KAMI PULA DIHALAU BEGITU SAHAJA. ADAKAH INI SATU TINDAKAN YANG BIJAK. SETELAH BERPULUH TAHUN PENDUDUK TINGGAL DI PASAR MINGGU DAN MENGALAMI PELBAGAI-BAGAI BENCANA, DUGAAN, KEMUSNAHAN YANG TIDAK DAPAT DIGANTI DENGAN NILAI WANG RINGGIT.

SUDAHLAH TIADA PERBINCANGAN DILAKUKAN ANTARA PENDUDUK DENGAN DBKL. KAMI PULA DIUSIR. KEMANA KAMI AKAN PERGI SELEPAS INI. BAGAIMANA KAMI NAK MENYARA KELUARGA DAN MENERUSKAN KEHIDUPAN YANG SEMAKIN MENGHIMPIT DEK ARUS PERDANA. DITAMBAH LAGI DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG KEPELUAN. DBKL BUKANNYA BUTA SEJARAH TAPI TOLONG!!!!!!!!!!!!!!!!! BUAT KAJIAN DENGAN PENDUDUK DAHULU. APAKAH NASIB KAMI?????????????. DBKL BUKANLAH PENJAJAH TETAPI KENAPA PERKARA INI BERLAKU. BERSIKAP SEPERTI PENJAJAH !!!!!! TERLALU BIADAP, TIADA NILAI KEHARMONIAN. DIMANA PERGINYA POLISI-POLISI/ PIAGAM UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT. YANG BERTANGGAUNGJAWAB ADALAH ORANG YANG MENGELUARKAN NOTIS INI.



24 MEI 2008 AKHBAR THE STAR TERDAPAT 3 PIHAK YANG BERLAINAN KAWASAN MENGADAKAN PROTES MEMBANTAH TINDAKAN DBKL .................. M/S M3 (NEWS)

KES 1 . PENDUDUK PASAR MINGGU KAMPUNG BARU MEMBANTAH TINDAKAN
DBKL YANG MENDAKWA KAWASAN SETINGGAN. DBKL BUTA SEJARAH
SEBENARNYA!!!!!!!!!!!!!!!

KES 2. PENDUDUK KAMPUNG ABDULLAH HUKUM MENDAKWA MEREKA
DITINDAS PIHAK DBKL DAN TIDAK MEMBERI PAMPASAN YANG
SEWAJARNYA.INILAH DBKL.....................

KES 3. PENDUDUK DAN PENIAGA TAMAN DESA SETAPAK MEMBANTAH
TINDAKAN MEROBOH GERAI MEREKA. INILAH PERANGAI DBKL...........
SUKA MEROBOH.

PERKARA-PERKARA INI ADALAH PENINDASAN KEPADA PENDUDUK DAN PENIAGA YANG BERPENDAPATAN KECIL. MENGAPA INI HARUS TERJADI. PASAR MINGGU SENDIRI YANG MAJORITINYA ADALAH ORANG MELAYU MERASA DITINDAS OLEH DBKL YANG BERSIKAP SEPERTI 'KUKU BESI' DALAM MENTADBIR KUALA LUMPUR.
KALAU TINDAKAN DBKL ITU BETUL ....... KENAPA ADA YANG MEMBANTAH????????????. SEPATUTNYA DBKL HARUS BERTOLERANSI DENGAN PENDUDUK TERRBABIT SEBELUM TINDAKAN DIAMBIL SERTA MENJAGA KEBAJIKAN PENDUDUK YANG SELAMA INI MENJADI TUNJANG SESEBUH NEGARA. KEPUTUSAN ADALAH DITANGAN MANUSIA YANG MEMBUAT KEPUTUSAN ITU. JADI MENGAPA MANUSIA HARUS MENINDAS MANUSIA YANG LAIN. APAKAH SEBENARNYA YANG DIFIKIRKAN OLEH MANUSIA YANG MEMBUAT KEPUTUSAN INI. ATAU MEREKAMEMPUNYAI AGENDA UNTUK KEPENTINGAN MEREKA SENDIRI. !!!!!!!!!!!!!!!! HANYA MEREKA DAN KELUARGA MEREKA YANG BOLEH MENJAWAB.




LAPORAN AKHBAR 24 MEI 2008

KOSMO 24 MEI 2008 M/S 14
OLEH SHAWKATH AZDE



Peniaga Kg Baru 'Setinggan'?

KUALA LUMPUR- "Mengapa kami dikategorikan sebagai setinggan dan diarah keluar".
Itulah yang menjadi tanda tanya Persatuan Peniaga dan kebajikan Pasar Minggu Kampung Baru selepas menerima notis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengosongkan dan berpindah dari kawasan tersebut pada 8 mei lalu.

Ekoran itu , ahli-ahli persatuan tersebut mengadakan piket pagi semalam sebgai tanda protes tindakan DBKL yang mengelar mereka sebagai 'setinggan' serta meminta penjelasan sekiranya pembangunan dijalankan disitu.

Menurut Yang Dipertua Persatuan, Dr. Hosni Huseen Md. Saat, beberpa sessi dialog dan perjumpaan diadakan, namum sehingga kini tiada apa-apa keputusan yang konkrit yang di capai.

"Apa kedudukan kami sekarang?. Kami tidak tahu kenapa kami diklasifikasikan sebagai setinggan".

"Tanah ini tanah milik kerajaan dan dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada lketika itu dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sendiri pada tahun 1967," katanya disini.

Lagi pun katanya lagi, DBKL hanya mengedarkan notis sebanyak 40 notis secara rambang sedangkan ada lebih 200 peniaga di Pasar berkenaaan.

"Kami bukan menolak pembangunan, tetapi mahu berkembang di bawah arus pembangunan. Jangan meminggirkan dan melabelkan kami sebagai setinggan".

"Bila dilabelkan sebagai setinggan, DBKL pula mengunakan Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan) 1969 untuk memastikan kami keluar dari kawasan itu", katanya.

Menurut seorang penduduk, Mohd Isa Said, 54 sebelum ini peniaga-peniaga Kampung Baru sering diberikan surat tawaranprojek perumahan PPR Air Panas, tetapi pada 8 mei 2008 lalu, Notis Pembersihan Setinggan diedarkan kepada mereka.

"Kalau betul tanah ini didakwa milik DBKL sedangkan semakan dan carian yang kami buat di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan masih di bawah PKNS. Bagaimaana dakwaan DBKL?", soalnya.

Seorang peniaga, Silaiman Abd. Kader, 54 telah membuat lapuran polis di Balai Polis Dang Wangi berhubung notis yang dikeluarkan itu.




LAPORAN AKHBAR SINAR HARIAN 24 MEI 2008 m/s s13
OLEH ABDUL RAKIS SANTA

PENDUDUK BANTAH TINDAKAN DBKL

KAMPUNG BARU- Tidakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengistiharkan kawasan Pasar Minggu Kampung Baru setinggan dibantah oleh penduduk kampung berkenaankerana mereka menyifatkan label setinggan tersebut sebagai tidak berasas dan menindas.

Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM), Kampung Baru, Dr. Hosni Hussien Md Saat berkata, DBKL tidak seharusnya mengeluarkan arahan keras kepada penduduk supaya segera mengosongkan kawasan tersebut.

Jelasnya, kehadiran penduduk di situ buka baru malah sudah memasuki generasi ketiga iaitu sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

"Kalau setahun dua kami baru menetap di tanah rizab melayu ini tidak apalah kami pasrah dipindahkan, namun perkara itu sebaliknya dan kami tidak akan berpindah selagi tiada jaminan daripada DBKL bahawa kami akan dibenarkan masuk semula di tanah kelahiran ini.

"Kami tidak menolak pembangunan dan sentiasa mengalu-alukan apa jua pembangunanyang dirancang oleh pihak kerajaan, tetapi pastikan hak kami tidak diperkecilkan begitu sahaja", katanya ketika mengadakan sessi dialog bersama penduduk dan media di kampung baru di sini, semalam.

Dalam sessi dialog itu sekurang-kurangnya 50 penduduk hadir bagi membincangkan sekali gus mencari jalan penyelesaian berhubung perkara tersebut.

Ketika perbincangan itu berlangsung, mereka mendakwa, DBKL menceroboh kawasan mereka dengan meletakkan papan tanda bahawa kawasan Pasar Minggu Kampung Baru menjadi milik penuh DBKL dan mendesak mereka agar keluar dari kawasan tersebut.

Tambah hosni, setelah beberapa generasi mereka menetap di situ kemudian setelah DBKL wujud mereka dipaksa pula keluar dalam tempoh 14 hari sebagaimana yang terdapat dalam notis yang diberi kepada mereka dua minggu lepas.

"Ini tidak adil dan menafikan hak kesemua penduduk disini memandangkan ketika bancian dibuat oleh DBKL pada tahun 2004terdapat angka dan simbol yang mengelirukan kami.

"Saya juga merasa hairan kenapa hanya 32 orang penduduk sahaja yang menerima notis mengosongkan tapak sedasngkan jumlah semua penduduk disini dianggarkan lebih daripada 126 orang", ujarnya.

Jelasnya, sekiranya DBKL benar-benar telus dalam hal ini seharusnya perbincangan lebih profesional diadakan antara kedua-dua pihak.

"Jika mengimbau kembali sejarah di Kampung Baru, sebenarnya penempatan mereka di lot 25 tersebut adalah atas jemputan Kerajaan Negeri Selangor yang ketika itu diuruskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada tahun 1965.

"Bedasarkan pencarian semakan hak milik yang kami buat di Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan semalam (kemarin), kawasan ini masih lagi menjadi milik PKNS dan tiada langsung nama DBKL tercatat, namun kanapa DBKL mengistiharkan kawasan ini telah menjadi milik mereka", katanya.

Tambah Dr Hosni, kesemua penduduk mahukan penjelasan daripada pihak DBKL tentang kedudukan mereka dan sekiranya mereka bersetuju untuk dipindahkan beberpa pampasan yang bakal diterima serta adakah mereka akan dibenarkan memasuki semula kawasan Kampung Baru Sekiranya ia telah dibangunkan mengikut perancangan sedia ada.

"Jika kesemua persoalan tersebut tidak mendapat jawapanyang memuaskan, kami tidak akan berpindah dari sini", tegasnya.

23 Mei 2008

SIDANG AKHBAR TERHADAP TINDAKAN DBKL


Penduduk berkumpul mengadakan piket


YAM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika
merasmikan Pasar Minggu Yang Bernilai $550,000
pada tahun 1967. Baginda Bersalam dengan seorang peniaga.


Belatar belakangkan bekas kawasan yang terbakar dan papan
tanda mendakwa tanah berkenaan hak DBKL.


sebelum berlansung sidang media bersama beberapa wartawan


Dr. Hosni menunjukkan sesuatu kepada wartawan


23 MEI 2008 9.00 PAGI JUMAAT. SATU SIDANG AKHBAR TELAH DIADAKAN DI PENTAS BUDAYA PASAR MINGGU. SEBELUM ITU PENDUDUK PASAR MINGGU TELAH MENGADAKAN PIKET DI PINTU MASUK PASAR MINGGU. BEBERAPA WARTAWAN HADIR PADA MAJLIS ITU.
INI ADALAH RENTETAN DARIPADA TINDAKAN PIHAK DBKL MENGHANTAR NOTIS MEROBOH SETINGGAN PADA 8 MEI 2008. DAN HARI INI GENAP TEMPOH 14 HARI NOTIS YANG DIBERI OLEH PIHAK DBKL. PENDUDUK MERASA TIDAK PUAS HATI DENGAN TINDAKAN DBKL ITU LANTAS MEREKA MEGADAKAN PIKET DAN MENGANTUNG SEPANDUK.

14 Mei 2008

MESYUARAT TERGEMPAR BERKENAAN NOTIS DBKL

14 MEI 2008. SATU MESYUARAT AKAN DIADAKAN PADA MALAM INI.
MESYUARTA INI BERKENAAN DENGAN NOTIS YANG DIBERI OLEH DBKL KEPADA PENDUDUK PASAR MINGGU. SEMUA PENDUDUK PASAR MINGGU DIJEMPUT HADIR.........

13 Mei 2008

PASAR MINGGU (SUNDAY MARKET) SEJARAH AWAL











Sejarah Awal Pasar Minggu, Kg. Baru, Kuala Lumpur.


Pasar Minggu telah wujud sejak zaman sebelum penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu lagi dan Pasar Minggu adalah pusat perniagaan terawal orang Melayu di ibu kota Kuala Lumpur pada waktu itu. Tapak awal Pasar Minggu adalah di Jalan Raja Muda Musa iaitu bermula dari persimpangan Jalan Daud sehingga ke hujung Jalan Raja Muda Musa menghadap Jalan Raja Abdullah (Di kenali sebagai Jalan Hale pada pada waktu itu), kemudian berpindah di Jalan Raja Abdullah pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu. Pada tahun 50an, sekali lagi tapak Pasar Minggu di pindahkan ke Jalan Raja Alang (Di kenali sebagai Jalan Perkins pada waktu itu) dan akhirnya peniaga-peniaga Pasar Minggu di pindahkan ke tapak sekarang dan di majukan oleh kerajaan negeri Selangor pada waktu itu dan PKNS di beri tanggungjawab sebagai pemaju, lebih kurang akhir tahun 60an dan setelah siap telah di rasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj, iaitu Perdana Menteri Malaysia pada April 1967. Itulah serba sedikit pengenalan tentang Pasar Minggu, Kg. Baru, Kuala Lumpur. Sekarang ini Pasar Minggu, Kg. Baru seperti 'Hidup Segan Mati Tak Mahu' bukanlah kerana peniaga-peniaga tidak mahu menjalankan perniagaan yang telah dipelopori oleh datuk nenek mereka yang terdahulu tetapi oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan perniagaan di jalankan seperti mula-mula di rasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra dahulu. Kalau nak di ceritakan secara terperinci mungkin dua hari dua malam pun tidak habis nak cerita, tetapi memandangkan bak kata orang Melayu 'Menang Sorak Kampung Tergadai' maka saya terpanggil untuk menceritakan serba sedikit tentang kawasan perniagaan orang Melayu yang terawal di ibukota ini secara zahirnya. Entah di mana silapnya, kita pun tak tahu, 'MATI' nya Pasar Minggu itu sendiri lebih kurang pada lewat 80an, lebih kurang 1988-89, di mana kita tidak dapat lagi menyaksikan kebanjiran pengunjung antarabangsa mahupun tempatan, tiada lagi pertunjukan-pertunjukan budaya di pentas Pasar Minggu dan restoran Rasa Sayang jua telah tidak beroperasi. Pasar Minggu sewaktu awal 70an sehingga awal 80an memanglah sangat terkenal di mana sewaktu awal pembinaan Pasar Minggu itu sendiri mempunyai mercu tandanya iaitu pintu gerbang yang di bina pada awal pemindahan dari Jalan Perkins ke tapak sekarang ini dan sehingga sekarang mercu tanda itu masih kekal tersergam sehingga ke hari ini dan bukan itu sahaja malah Pasar Minggu juga mempunyai pentas budaya, pejabat pelancongan dan juga sebuah restoran yang yang bernama 'Rasa Sayang' khas untuk pelancong-pelancong antarabangsa yang datang melawat Pasar Minggu pada waktu itu. Pasar Minggu memang tercatit dalam peta pelancongan dunia ,dan sehingga kini masih ada pelancong-pelancong antarabangsa yang datang mengunjungi Pasar Minggu tetapi malangnya hanya dapat melihat kedai-kedai yang sebahagian besarnya telah bertukar menjadi penempatan dan secara zahirnya memang di lihat seperti kawasan setinggan. Kami di Pasar Minggu ini pun memang terasa sangat malu tetapi apakan daya siapa kita untuk bercerita tentang pembangunan yang melibatkan kos yang berjuta juta ringgit. Kebelakangan ini pihak DBKL acap kali mengeluarkan notis perpindahan Peniaga/Penduduk Pasar Minggu, yang mereka sendiri pun tahu bahawa mereka pun belum ada penyelesaian mengenai masalah ini.Peniaga yang ada sekarang pun tidak sampai 30% daripada yang asal yang masih menjalankan perniagaan mereka,tetapi itulah semangat yang ada untuk menunjukkan relevannya Pasar Minggu tentang dunia perniagaan orang Melayu di ibu kota telah jauh meninggalkannya di belakang........Peniaga -peniaga di Pasar Minggu tidak mengerti mengapa pihak DBKL menganggap Pasar Minggu adalah kepunyaan Datuk Bandar?, sedangkan pihak Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu telah membuat semakan carian tanah dan mendapati tanah tersebut masih lagi milik PKNS sehingga kini. Peniaga, pemilik kedai dan penduduk Pasar Minggu sendiri telah mengakui bahawa jikalau benarlah pihak DBKL ingin membangunkan kawasan tersebut mereka semua akan memberikan kerjasama yang penuh dan mereka sendiri ingin kembali ke kawasan tersebut setelah siap di bangunkan. Malangnya apa yang berlaku pihak DBKL hanya mampu menawarkan Projek Perumahan Rakyat(PPR) untuk Peniaga /Penduduk Pasar Minggu, Kg. Baru. Jika hanya itu yang mampu DBKL tawarkan penduduk/peniaga tidak perlu keluar atau pindah daripada Pasar Minggu kerana mereka sendiri boleh memohon PPR tersebut. Adalah tanggungjawab/polisi pihak kerajaan untuk menolong golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk menyewa atau memiliki rumah yang merupakan perkara asas dalam kehidupan. Pihak DBKL sepatutnya berunding dengan peniaga/penduduk melalui persatuan yang ada di Pasar Minggu bagaimana caranya untuk pihak DBKL dapat melaksanakan pembangunan di kawasan tersebut dan bukan hanya dengan menawarkan PPR sahaja, sedangkan kawasan setinggan pun dapat saguhati dan pampasan di tanah yang mereka terokai hendak di buat pembangunan apalagi Pasar Minggu yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pihak DBKL patut MALU apabila memberi notis perpindahan setinggan keatas peniaga/penduduk Pasar Minggu kerana pada pendapat peniaga/penduduk Pasar Minggu mereka patut congak sejarah bagaimana kewujudan Pasar Minggu itu sendiri dan yang perkara yang paling memalukan adalah penghormatan perasmian Pasar Minggu sendiri telah di buat oleh Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, jikalau DBKL masih menggelar Pasar Minggu adalah kawasan setinggan saya rasa penjawat-penjawat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur patut MALU kerana inilah satu-satunya setinggan yang telah di rasmikan oleh seorang Perdana Menteri Malaysia.
oleh :nadzri

10 Mei 2008

MANA JANJI TPM NAK UMUM PELAN PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU PADA 1 APRIL 2008

KATA YANG TIDAK DIKOTA. PELAN STRUKTUR KAMPUNG BARU AKAN DI IKLAN 1 APRIL. TAPI MANA IKLANYA....................................................................... INI ADALAH CERITA SEBELUM PILIHANRAYA UMUM 12 ITU ADALAH KATA-KATA SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA. KITA IKUTI LAPORAN SEBUAH AKHBAR TEMPATAN


Pelan Struktur Kampung Baru diiklan 1 April



KUALA LUMPUR 25 Feb. - Datuk Seri Nasib Tun Razak berkata, Pelan Struktur Tempatan Kampung Baru akan diiklankan untuk tatapan umum mulai 1 April ini sebagai langkah pertama ke arah pembangunan dan pemodenan secara menyeluruh Kampung Baru.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bertujuan bagi mendapatkan reaksi rakyat berhubung pelan pembangunan kampung berkenaan untuk dibuat penilaian dan perubahan pada konsep pembangunan tersebut.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah bersetuju dengan pelan pembangunan kampung tersebut dan ia akan tetap dilaksanakan.



Mesra... Najib Tun Razak bertanya khabar kepada seorang pembeli, Alias Sidek, 65, ketika mengadakan lawatan ke Pasar Besar Pekan, Pahang, semalam.


‘‘Oleh itu, pengundi-pengundi (Parlimen) Titiwangsa (salah) satu projek yang akan dilaksanakan adalah pembangunan semula Kampung Baru kerana kita tidak mahu ada ‘slum area’ (kawasan perumahan orang miskin), tidak ada kawasan miskin Melayu, Cina atau India. Kita tidak mahu golongan miskin tegar di Wilayah Persekutuan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah bagi Parlimen Titiwangsa yang ditandingi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir di sini malam ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri lagi, matlamat kerajaan BN adalah untuk mewujudkan setinggan sifar di negara ini.
Bagi mencapai tujuan tersebut, tegas beliau, negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan mempunyai rekod pemerintahan yang baik seperti yang telah ditunjukkan oleh BN.
Beliau turut menarik perhatian mengenai konsep perkongsian kuasa yang dilaksanakan oleh kerajaan BN yang telah teruji kejayaannya dan akan terus memegang prinsip berkenaan.
Dalam ucapannya, Najib turut menyelar parti-parti pembangkang yang masih tidak dapat bersatu padu sehinggakan lambang dan manifesto pilihan raya parti-parti terbabit masih dibuat secara berasingan.
Beliau juga menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ‘Parti Kurang Relevan’ kerana hanya mempunyai sebuah kerusi Parlimen pada pilihan raya yang lalu.
Sekarang ini pula, kata beliau, PKR dilihat sebagai parti politik isteri dan anak kerana tumpuan hanya diberikan kepada kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Lembah Pantai.
‘‘Ini dua kawasan sahaja, kawasan saya (Parlimen Pekan), Pas tidak hendak masuk, jadi Keadilan (PKR) masuk tetapi import calonnya dari Melaka yang tidak pernah menjejakkan kaki di Pekan,’’ katanya.
Justeru, kata Timbalan Presiden UMNO itu, dalam kerajaan walaupun pemimpin adalah penting tetapi yang lebih penting adalah parti.
‘‘Saya sedar diri saya tanpa UMNO atas peribadi, saya tidak kuat. Hatta pengasas UMNO sendiri, Datuk Onn (Jaafar) sendiri apabila keluar daripada UMNO, dia pernah bersyarah di hadapan 12 orang sahaja,’’ katanya.



SEHINGGA HARI INI TIADA SATU PUN PELAN YANG DI IKLANKAN SEPERTI YANG DI WAR-WARKAN